::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Wednesday, 25 July 2018

::Skyscraper~Film Review::



Lama betul tak menulis.
Sejak jadi surirumah ni memang malas sangat nak update blog.
So, memandangkan Eira baru je tonton filem ni.
Nak bagi review sikit pada yang tak tengok lagi.
Skyscraper lakonan The Rock ni WAJIB korang tonton kalau korang sayangkan ayah korang 😉.
Filem ni mengisahkan tentang seorang ayah yang cuba menyelamatkan keluarga beliau yang terlibat dalam kebakaran di sebuah bangunan pencakar langit.

Banyak adegan aksi yang mendebarkan.
Sampai orang sebelah Eira pun nampak begitu gelisah sekali(nasib baik kerusi memisahkan kita. Kalau tak, mungkin popcorn dah melayang ke saya😉).
Eira sendiri pun jantung memang berdegup laju je.
Bangunan pencakar langit yang digambarkan dalam filem ni memang cantik dan canggih. I like it.
Untuk keseluruhan, Eira bagi 4 bintang.
Sebab filem ni bukan sekadar aksi, tapi ada juga unsur kekeluargaan, kepercayaan, persahabatan & kasih sayang.
Tunjukkan kasih sayang korang pada keluarga terutama mak & ayah korang. Kerana tanpa mereka, siapalah kita.
Sepanjang Eira menonton filem ni, memang asyik teringat kat ayah je.
Ayah memang susah nak tunjukkan kasih sayang pada anak berbanding ibu kan.
Tapi, ketahuilah di sebalik itu, banyak yang telah dikorbankan demi insan yang bernama anak.
Akhir kalam, saya sayang ayah saya 😘.

Nota kaki: Jangan lupa doakan kesejahteraan kedua ibu bapa korang k 😉




No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa