Thursday, 4 January 2018
::Jenis-jenis Rambut::
Selamat petang uols.
Hari ni Eira nak kongsi dengan korang tentang jenis-jenis rambut.
Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota wanita.
Penting tau untuk korang menjaga rambut, terutama untuk wanita yang berhijab.
Sebelum tu, jom kenal dulu jenis rambit korang
Berminyak @ kering @ normal?
Langkah-langkah mengenalpasti jenis-jenis rambut:
1. Cuci rambut dengan shampoo
2. Sehari selepas cuci rambut, ambil tisu dan tekapkan di bahagian tengah kepala dan di belakang telinga. Jika terdapat kesan minyak pada tisu, itu maknanya rambut korang jenis yang berminyak.
Kalau tak de kesan minyak, rambut tu jenis yang kering.
Ada gak teori yang menyatakan, jenis rambut juga dapat dilihat melalui jenis kulit korang.
Kalau kulit korang jenis normal, maka kemungkinan besar rambut korang pun normal.
Jom belajar cara penjagaan rambut lak.
1. Rambut berminyak
Rambut berminyak akan kelihatan leper dan banyak kelemumur.
➡️Cuci rambut setiap hari
➡️ Gunakan shampoo yang lembut, dan biar rambut selama 3 hingga 5 minit sebelum dibilas.
➡️ Jangan gunakan conditioner dari akar rambut. Guna dari tengah hingga hujung rambut.
➡️ Jangan kerap menyikat rambut.
➡️ Jangan terlalu kerap menggunakan hair dryer.
2. Rambut Kering
Rambut kering sering kelihatan bercabang, kusut & rapuh.
➡️ Shampoo rambut 3 kali seminggu.
➡️ Gunakan shampoo yang ringan bersama conditioner.
3. Rambut kering & berminyak (combination hair)
Kebiasaannya, rambut jenis ini berminyak di bahagian pangkal kulit kepala & kering pada hujung rambut.
➡️Shampoo dengan shampoo jenis normal & bilas hingga bersih.
➡️ Gunakan conditioner dari tengah ke hujung rambut.
4. Rambut normal
➡️ Cuci rambut setiap 2 hari sekali beserta conditioner.
Sekian tips untuk hari ni.
Nota kaki: Jangan lupa klik tabung nak PTPTN kat atas tu ye. Tq 😘
Labels:
Catatanku,
Kesihatan,
Petua dan Tips
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..