::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Wednesday, 24 January 2018

::Kebaikan Castor Oil::



Selamat tengahari uols.
Dah lunch ke?
Hari ni jom kita belajar tentang Castor Oil.
Banyak tau kegunaan Castor Oil ni.
Eira memang pengguna tegar Castor Oil.
Apa itu Castor Oil?
Castor Oil berasal dari benih tumbuhan Ricinuscommunis.
 Kebanyakan tumbuhan ini terdapat di Afrika dan India.
Biji-bijian tumbuhan ini akan dihancurkan dan diekstrak untuk menjadi minyak.
Maka terhasillah Castor Oil.

Antara kelebihan Castor Oil ialah:
➡️Mengatasi mata panda (eye bag)
➡️Mengurangkan garis halus pada wajah
➡️Memerahkan bibir (Eira pun de try gak. Nampak kesan hitam pada bibir makin kurang)
➡️Mengurangkan bekas jerawat
➡️Mengatasi bibir kering dan pecah.
➡️Memudarkan stretch mark.
➡️Mengatasi masalah tumit kaki pecah dan kasar.
➡️Melebatkan rambut dan kening. (Eira tak pandai nak lukis kening, so pakai Castor Oil je).
➡️Menebalkan dan memanjangkan bulu mata.
Abaikan hidung kembang tu

➡️ Mengurangkan masalah kelemumur.
➡️Melembabkan kulit dan mengatasi kulit kering.

Saturday, 20 January 2018

::Kenduri Pertama Di Tahun Baru::



Selamat malam uols..
Tengah beristirehat ke?
Eira masih bekerja.
Tengahari tadi, sempat gak pi makan kenduri kat rumah saudara mak & ayah.
Dua kenduri sekali uols.
Memang kenyang sangat.
Kira cheating day ar today 😉.
Kenduri pertama yang Eira attend untuk tahun ni.
Muka excited. Nak pi makan. Eira langsung tak pakai makeup. Cuma apply lipbalm madu kelulut je.
Seperti biasa, mesti usung botol air yang besar gedabak tu.
Dulu ramai yang tegur, sekarang rasanya ramai yang dah faham tentang keperluan minum air masak.
Tengah-tengah syok tengok pelbagai jenis lauk yang terhidang, baru perasan yang sandal Eira dah macam buaya lapar.
Buruk benar dah sandal ni
Jenuh iols jalan slowly & seayu mungkin.
Saja tau sandal ni, bagi malu akak je 😥
Tapi Eira memang sayang kat sandal ni.
Dah 3 tahun dia setia berkhidmat.
Akhirnya kecundang juga.
Terpaksa gak beli sandal baru.
That's all for today.
Tak sabar nak balik rumah 😁

Sunday, 14 January 2018

::Apa Itu Essential Oils::



Jom kenali Essential Oils.
Kalau korang nak tau, Essential Oils adalah bahan organik yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan.
Ia boleh didapati dari bijian yang dikeringkan, bunga, daun, batang pokok, buah, kulit pokok, getah dan akar tumbuhan.
Essential Oils dapat memberi manfaat kepada manusia to balance korang punya mind, body and spirit.
Essential Oil dapat menyokong sistem dalam badan agar dapat berfungsi secara optimum.
Ia membantu menyokong sistem pernafasan, aliran darah, sistem otot.
Selain itu, ia juga memberi sokongan untuk mental yang lebih jelas, membantu badan menyampaikan oksigen kepada otak iatu pusat segala aktiviti fizikal dan mental.
Apabila emosi teratur, secara aitomatik mental dan fizikal akan berfungsi dengan lebih baik dapat membuatkan seseorang individu itu lebih cekap dan produktif.
Bagaimana Essential Oils berfungsi?
Essential Oils dapat diserap ke dalam badan melalui 2 cara iaitu:
➡️Sedutan ( inhalation, diffusion)
➡️Sapuan (massage, bathing)
Jom pilih essential oils pilihan korang.
Eira suka peppermint dan lime.

Nota kaki: Jangan lupa tolong klik tabung nak bayar PTPTN ye. Tq 😊


Monday, 8 January 2018

::Mandatori::



Mandatori mengisahkan tentang seorang profiler jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu. Lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawanya kepada satu lagi pembunuhan baru.
Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang dia kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk sama iaitu patung mainan Inspektor Carlos dan kertas tulisan Case Closed yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.
Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugasnya, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Julia Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa jenayah yang berlaku.

Thursday, 4 January 2018

::Jenis-jenis Rambut::



Selamat petang uols.
Hari ni Eira nak kongsi dengan korang tentang jenis-jenis rambut.
Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota wanita.
Penting tau untuk korang menjaga rambut, terutama untuk wanita yang berhijab.
Sebelum tu, jom kenal dulu jenis rambit korang
Berminyak @ kering @ normal?
Langkah-langkah mengenalpasti jenis-jenis rambut:
1. Cuci rambut dengan shampoo
2. Sehari selepas cuci rambut, ambil tisu dan tekapkan di bahagian tengah kepala dan di belakang telinga. Jika terdapat kesan minyak pada tisu, itu maknanya rambut korang jenis yang berminyak.
Kalau tak de kesan minyak, rambut tu jenis yang kering.

Ada gak teori yang menyatakan, jenis rambut juga dapat dilihat melalui jenis kulit korang.
Kalau kulit korang jenis normal, maka kemungkinan besar rambut korang pun normal.

Jom belajar cara penjagaan rambut lak.

Monday, 1 January 2018

::Selamat Tinggal 2017::



Sepatutnya entri ni pos semalam.
Tapi semalam Eira tak sihat lak.
Sakit hujung tahun.
Alhamdulillah, hari ni kita dah melangkah ke tahun 2018.
Selamat tinggal 2017.
Terlalu banyak kenangan pahit di tahun 2017.
Kehilangan insan tersayang, banjir, pekerjaan yang tak menentu, kena tipu beratus-ratus ringgit 😟
Semoga tahun 2018 akan menjadi tahun yang sukses buat kita semua.
Apa azam tahun baru korang.
Ke continue azam tahun lepas.
Azam Eira tahun lepas nak kurus dah tercapai.
So, tahun ni azam Eira nak langsaikan hutang PTPTN (kalau dapat tukar ke ujrah pun dah ok. Sebab dah banyak bazir masa dengan kerja tanpa EPF), nak tingkatkan sales kat tempat keje, nak sukses dalam perniagaan & nak hidup lebih sihat.
InshaAllah, tahun ni Eira akan kongsikan lebih banyak tips untuk sihat (termasuk untuk cantik).
Sebab sekarang ni Eira tengah berusaha untuk dapatkan kulit yg lebih sihat.
Berangan nak dapatkan kulit macam orang Korea. Tapi memang macam impossible je.
So, kalau dapat kulit sihat tu kira advantage la kan..
Happy New Year korang 😘

Nota kaki: Kalau korang baik hati, tolong klik tabung nak bayar ptptn ye 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa