Monday, 17 October 2016
::Review Novel ~ Jangan Biar Dia Masuk::
Agak lama Eira tak review novel.
Hari ni nak review sikit Novel Jangan Biar Dia Masuk.
Karya A. Darwisy.
Sejak akhir-akhir ni, Eira memang minat sangat baca novel seram.
Tengok cover novel pun dah seram uols..
Dengan tagline nya..
"Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya..."
Novel ni mengisahkan tentang lima orang sahabat baik Maya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah ingin bercuti ke kampung Defi. Ibu Maya yang risau akan percutian tersebut telah meminta bantuan anak rakan baiknya iaitu Haris untuk menjaga Maya dari jauh. Sesampainya mereka di rumah Defi, banyak kejadian aneh berlaku. Satu persatu mangsa dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam. Rakan-rakan Maya juga turut menjadi mangsa. Berjayakah Maya merungkai kejadian pelik ini dan adakah Maya juga terlibat sama dalam amalan syaitan ini?
Nak tahu, korang kenalah baca novel ni.
Pada Eira novel ni memang The Best.
Isu yang diketengahkan memang pernah hebat diperkatakan di negara ini.
Sampai takut Eira nak tidur malam uols.
Tahniah penulis.
Teruskan berkarya
p/s: korang yang tinggal berdekatan pantai tu, berhati-hati ye dengan fenomena air pasang besar.
Labels:
Catatanku,
Review Novel,
Seram
Wednesday, 12 October 2016
::Ini Yang Terakhir::
Jangan salah sangka dengan status ni.
Bukan bermakna ini entry terakhir Eira.
Cuma rasanya ini mungkin kali terakhir saya bertugas sebagai Pekerja Sambilan Harian kat satu Jabatan ni.
Tak perlu mention jabatan manalah ye.
Eira memang rasa bengang sangat-sangat.
Sebab hingga tarikh entry ni ditulis, Eira dan sorang lagi kawan still tak dapat lagi gaji kami untuk bulan lepas.
Boleh tak korang bayangkan macam mana kami survive gi keje hari- hari?
Alasan dorang bagi sebab last week pegawai yang patut perakui dan tandatangan baucer semua terlibat dengan program kat hq.
Memang terbaek sangatlah.
Berminggu-minggu terpaksa ikat perut.
Sebab duit simpanan makin berkurang.
Bukan sengaja nak tulis entry ni.
Tapi just nak pegawai-pegawai terlibat ni tanam rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing.
Jangan fikir duit poket korang je.
Ingat kami pekerja sambilan harian ni takde komitmen lain ke?
Eira rasa bersalah sangat kat mak dan ayah sebab tak dapat nak bagi duit belanja.
Sedih sangat bila ayah tanya, "kakak ada duit ke nak pi keje?"
Sebagai seorang anak, Eira tak sampai hati nak susahkan mak dan ayah lagi.
Mesti ramai yang akan cakap, kenapa nak kerja sebagai Pekerja Sambilan Harian kan?
Eira dah lama apply untuk jawatan kerajaan.
Tapi tak pernah dapat pun.
Lagipun Eira pun ada family yang nak kena tanggung.
Eira anak sulong, takkan nak harap adik je.
Dah tak fikir sangat, keje apa pun Eira terima je
Bila ada peluang untuk kerja ni, kita grab je lah.
Dapat gak merasa kerja di jabatan kerajaan.
Tapi bila dah keje ni, memang rasa serik sangat.
Dah dua kali benda yang sama berlaku.
Last year pun macam ni gak.
Serius Eira cakap, Eira memang tak boleh terima jawapan Saya TERLUPA nak peraku. Saya sibuk dengan kerja lain
WHAT????
Itukan tanggungjawab awak.
Senang je kan nak lepas tangan.
Lagi satu, dah buat salah tak nak minta maaf pulak.
Berat sangat ke nak ucapkan kata maaf?
Walaupun pangkat awak tu tinggi, siap dapat anugerah bagai.
Bukan boleh bawa ke kubur ye.
Amalan awak tu yang akan dihisab.
Maaf Eira memang tak boleh maafkan orang macam tu.
Kita jumpa di Padang Mahsyar je lah nanti ye.
Harap-harap ini kali terakhir Eira kerja dengan orang macam ni.
Buat semua pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan, buatlah kerja anda dengan betul.
Kadang-kadang kita perlu letakkan diri kita di tempat pekerja-pekerja bawahan.
Barulah kita tahu kesusahan yang mereka hadapi.
~Maaf terlebih emosional. Doakan Eira dapat kerja tetap ye.~
Labels:
Catatanku