Suasana kelas yang hingar bingar seperti pasar malam, tiba-tiba sunyi sepi apabila Sir Hakim melangkah kaki masuk ke kelas.
Semua mata terarah ke bawah meja, seolah-olah itulah papan hitam. Tiada seorang pon yang berani mengangkat muka menghadap cikgu yang seperti singa kelaparan itu.
“Azreen, dah siap latihan yang saya bagi semalam?”Mata Sir Hakim terarah kea rah Azreen.
“Yes Sir.”
“Ok. Bagus kelas. Serahkan semua buku anda. Hari ini kita nak buat perbincangan mengenai Kem mMotivasi yang akan diadakan pada hari Jumaat ini. Awak semua dah dapatkan surat kebenaran waris masing-masing?”
“Dah Sir!” Kedengaran kesemua pelajar kelas 3 Bestari menjawab serentak.
“Ok. Azreen, awak tolog kutip semua borang kebenaran waris dari kawan-kawan awak.”
Azreen pantas bangun dah memulakan tugasnya. Dalam hatinya terdetik, “Apsal Sir ni asyik panggil nama aku je.Tension tol!”
“Ini Sir, borangnya.”Azreen pantas meletakkan borang-borang itu di atas meja guru dan terus berlalu.
“Ok terima kasih.”
“Reen, aku rase Sir Hakim tu suka kat hang la wei,” Misya yang duduk di meja belakang mula mengusiknya.
“Tak de maknanya Misya..”Ujar Azreen sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Sir Hakim, guru muda yang menjadi kegilaan ramai pelajar di sekolah. Samapi cikgu yang dah kahwin pun masih lagi nak menggatal. Pelik betul.
Pulang je dari sekolah, Azreen pantas memasukkan baju-baju yang sudah dilipat ke dalam beg.
“Reen..”.Tetiba je terjengul Azril di pintu biliknya.
“Yap! De pe?Ni mesti nak minta tolong orang ni”
“Pandainya…Nak minta tolong kemaskan barang..”
“Ok. Mana barang-barangnya?”
“Kat dalam bilik Ril le sayang..” Azril membalas sambil mengeyitkan matanya.
Azreen pantas berlalu menuju ke bilik saudara kembarnya. ‘Mamat ni kalau nak minta tolong, memang pandai mengayat.’Areen tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala dengan keletah kembarnya.
“Reen, Ril tengok kan Sir Hakim tu cam suke kat Reen je?” Azril mula mencucuk jarum dengan soalan-soalan mautnya.
“Mana ada ar Ril. Kang cikgu tu ramai peminat. Pening kepala aku tau tak. Sume budak-budak perempuan pandang semacam je tadi. Banyak lagi ke baju yang ko nak bawa ni? Macam nak pergi seminggu je..” Dengan pantas, tangan Azril mencubit lengan kiri adiknya.
“Sakit ar Ril..”Azreen mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok lenganya.
“Ha. Tau pon sakit. Aku lagi ar sakit hati dengar cikgu-cikgu cerita pasal kau dengan Sir Hakim. Betul ke kau tak de apa-apa dengan Sir Hakim tu?” Azril masih lagi mengutarakan soalan yang sama.
“Ya Allah..Betul la. Reen tak de apa-apa dengan Sir Hakim tu. Jumpa dia face to face pon tak pernah tau! Dah le. Kalau tak de apa-apa lagi, Reen nak balik bilik.” Suara Azreen sedikit keras. Geram degan sikap saudara kembarnya. Azreen terus berlalu meninggalkan Azril.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..