Bila tiba bulan kemerdekaan, Eira pasti ternanti-nanti filem-filem yang bakal ditayangkan.
Ini antara filem-filem yang wajib Eira tonton:-
1. Bukit Kepong
Filem keluaran Jins Shamsudin Production diterbitkan pada tahun 1981. Mengisahkan tentang serangan komunis semasa keadaan darurat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2. Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Seramai 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Antara pelakon-pelakon hebat yang menjayakan filem ini ialah Tan Sri Jins Shamsudin, A. Rahim, Hussein Abu Hassan dan Yusof Haslam.
"Kami orang-orang Polis tidak akan menyerah diri. Biar kami mati di sini. Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami" - Sarjan Jamil
Kata-kata keramat ini patut kita sematkan di jiwa.
2. Leftenan Adnan
Filem hebat lakonan Hairie Othman dan Umie Aida. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2000. Mengisahkan tentang perjuangan Leftenan Adnan Saidi menentang pihak Jepun di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura. Pertempuran itu menyaksikan gugurnya Perwira Melayu yang amat digeruni pihak musuh.