::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Showing posts with label Nukilanku. Show all posts
Showing posts with label Nukilanku. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

::22 Februari 2014 ~ 22 Tahun Pemergian Sudirman::



Selamat malam semua..
Terima kasih pada yang doakan kesihatan Eira..
Keadaan Eira masih tak berapa ok lagi..
Batuk masih menyerang..
Sekarang ni gatal anak tekak pulak..
Rasa cam nak garu je..
Pada semua blogger..
Jaga kesihatan korang ok..

22 Februari 2014..
Genaplah 22 tahun..
Penghibur No 1 Asia yang juga dikenali sebagai "Elvis Malaysia"
Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..

Beliau meninggalkan kita pada tanggal 22 Februari 1992
Untuk pengetahuan semua..
Sudirman merupakan artis kegemaran Eira..
Eira baru berusia 6 tahun...
Ketika itu, Eira dalam perjalanan ke Perlis..
Dengan arwah atuk..
Eira terus menangis bila diumumkan dalam berita..
Allahyarham telah meninggalkan kita buat selamanya..
Arwah atuk sampai tekejut tengok eira menangis..
Eira pun tak tau kenapa Eira rasa dekat sangat dengan Sudirman..
Rupa-rupanya..
Semasa mengandungkan Eira..
Mak dan Ayah pernah hantar Kad Raya kepada Allahyarham Sudirman..
Dan Allahyarham telah membalas kad raya tersebut..
Mungkin atas sebab itu..
Eira selalu rasa dekat dengan Allahyarham..
Tambahan pula..
Eira membesar dengan lagu2 Allahyarham..
Kaset-kaset lagu Allahyarham pun masih ada..
Cuma dah rosak..
Dulu masa kecik2..
Eira selalu menonton konsert2 Allahyarham..
Yang ditayangkan kat RTM..

Kat bawah ni..
Eira letak gambar kad raya..
Yang masih berada dalam simpanan Mak Eira
Sampul Surat Kad Raya Sudirman

 Poskad Sudirman

Ucapan Selamat Hari Raya

Allahyarham mewakili Malaysia dalam Salem Music Award di Royal Albert Hall London pada tahun 1989..
Arwah merupakan penyayi pertama yang menyayi di Royal Albert Hall London..
Arwah telah dinobatkan sebagai Penyayi No. 1 Asia dalam pertandingan tersebut..
Jom tonton video persembahan Allahyarham Sudirman di oyal Albert Hall London..
Lagu One Thousand Million Smiles

Pada Eira..
Tiada siapa dapat menggantikan Allahyarham Sudirman..
Kebolehan arwah dalam seni persembahan, menyanyi, menari, melukis, berjenaka sukar ditandingi penyanyi yang sedia ada sekarang..
Setiap lagu yang dinyayikan..
Mempunyai ceritanya yang tersendiri..
Suaranya begitu menusuk kalbu..
Dan mampu membuatkan Eira menangis..
Eira pernah berangan nak jadi macam Allahyarham..
Berjaya dalam pelajaran dan karier..
Insyaallah..
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..
Buat Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..
Amin..

Monday, 7 October 2013

::Entry Khas Untukmu::



Selamat hari Isnin semua..
Entry kali ni..
Eira buat khas untuk sahabat Eira..
Mariana namanya..
Dah hampir 4 tahun kami bersahabat..
Perkenalan kami bermula di JPAM Pulau Pinang..
Ni lah pejabat tempat Eira mencari rezeki..

4 tahun gak ar Eira keje kat sini..
Walaupun hanya sebagai seorang anggota sukarelawan saja..
Tanpa pendapatan tetap..
Tapi Eira tetap bersyukur kerana masih dapat mencari rezeki yang halal..
Alhamdulillah..
Ni antara gambar-gambar kenangan Eira & Mariana..

Pic ni masa sambutan hari raya tahun lepas..

Ni masa kitorang tanam pokok..

Ni masa lthn yg menguji kekuatan fizikal & mental..
Masa pertunangan Mariana
Steamboat time..
Dorang berdua ni..
Memrupakan best friend Eira
Tapi dua2 dah tak keje sekali dengan Eira..
Mariana hari ni dah start keje tempat lain..
Rasa janggal lak bila masuk opis je..
Mariana tak de kat sebelah..
Yang sebelah mariana ni pulak..
Nama dia Sue..
Dia lak dah pindah ikut husband dia..
Ada kat Johor sekarang..
Walaupun kita terpisah..
Tapi Eira harap..
Persahabatan kita akan kekal hingga ke Syurga..
InsyaAllah..

Entry Sahabat khas untuk dorang berdua..

Friday, 2 January 2009

~Azam tahun Baru~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
sedar tak sedar..
kita dah melangkah ke tahun baru..
1430 Hijrah / 2009
Apa azam anda untuk tahun ni??
bagi eira..
azam eira cuma satu je..
nak membahagiakan keluarga..
Insyaallah..
Sebelum masuk tahun baru..
ada gak berazam nak melanjutkan pelajaran..
ke peringkat ijazah..
Namun apakan daya..

Tapi tak pe..
apa salahnya berkorban demi kebahagiaan keluarga..
kalau boleh..
tahun ni..
eira nak kerja rajin..
nak amik lesen motor n kereta..
nak beli kereta baru..
hmmm
bayaknya benda nak buat..
Yang penting..
semuanya demi keluarga tercinta..
Hopefully..
Impian ni akan tercapai..
Insyaallah..

Saturday, 27 December 2008

~Selamat Tahun Baru~

Assalamualaikum w.b.t.
Sedar x sedar..
lusa kita akan melangkah ke tahun hijrah yang baru..
1430 Hijrah..
dan 4 hari lagi..
Kita akan melangkah ke tahun baru..
2009..
Sudah tercapaikah hajat, impian dan azam tahun ni??

Bagi eira..
Alhamdulillah..
Akhirnya dah dpt keje..
dpt menggembirakan keluarga..
sudah cukup bermakna buat insan kerdil ni..
Eira nk ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah..
Buat semua pengunjung blog eira..
Maaf dipinta andainya penulisan eira kt blog ni..
ade menyinggung atau mengguris hati sesape..
maklumlah..
eira ni hanya insan biasa..
Salam Maal Hijrah 1430
Semoga Tahun Baru ini memberi sinar baru dalam hidup kita..
Insyaallah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saturday, 20 December 2008

~Tag dari Kak Nor~

Lama dah eira nk buat tag ni..
Tapi masa x mengizinkan lak..
Tag ni eira amik dari blog kak Nor..
Thanx akak..
Kasi eira amik..
Hehehe
Jom Mula...

1. Bekas kekasih saya..
*~* seorang yg sgt mengambil berat..tetapi jarak & masa telah memisahkan kami..*~*

2. Saya sedang mendengar..
*~* Hot Fm..ntah lagu apa ntah..*~*

3. Mungkin sy patut..
*~* Balik tido..*~*

4. Saya suke belajar..
*~* Macam2..kalu bleh..nk belajar wat sume benda..*~*

5. Sahabat baik saya..
*~* Semua orang yg bersahabat dgn eira adalah sahabat baik eira..*~*

6. Saya tak paham..
*~* Kenapa ramai yg ckp eira ni pelik?? Apa yg peliknya erk..*~*

7. Saya kehilangan..
*~* Masa saya utk bersantai kt umah..coz ari ni n esok kena keje..huhuhu*~*

8. Ramai yg berkata..
*~* Hidup ini umpama roda..kdg kita di atas..kdg di bawah..*~*

9. Makna nama saya..
*~* Yang bersinar..Bersinar ke??hmmm*~*

10. Cinta itu..
*~* Indah andai disulami dengan keikhlasan dan ketaatan kepadaNya Yang Maha Esa..*~*


11. Disuatu tempat..
~*~ aku bertafakur..Memuji keagunganNya..~*~

12. Saya akan cube..
~*~ Buat sume benda yg eira teringin nak buat..~*~

13. Makna " selamanya "..
~*~ Ntah le.. Forever le kot..bleh ke??~*~

14. . Handphone saya..
~*~ CSL.. Utamakan Buatan Malaysia..hehehehe..*~*

15. Saya paling meluat..
~*~ Tengok benda yg boleh wat eira meluat ar..hehehehe..*~*

16. Bile saya bangun dari tido..
*~* Terus mengucapkan syukur.. kerana masih dihidupkan lg pd hari ini..*~*

17. Party..
*~* amenda ni?? x suke ar..*~*

18. Haiwan yg paling cute..
*~* apa erk...ntah ar..iguana kot..*~*

19. Peringkat umo yg paling menyeronokkan adalah...
*~* Time sklh menengah..byk insiden menarik berlaku..*~*

20. Hari ini saya rasa tension..
*~* student dtg awal sgt..n sume dia dh tau..so wat pe nk dtg belajar lg??..*~*

21. Malam ini saya akan cube..
~*~ Tido puas2. coz esok nk kena keje lak..huhuhu*~*

22. Saya betul2 inginkan..
*~* sahabat beribu-ribu.. (bleh tercapai x?)

23. Bile tengok muka kat cermin pg tadi..
*~* Hmmm.. nasib baik muka x nmpak cam tension ari ni..~*~

24. Shopping kompleks..
~*~ Tempat melepak..zaman kolej dl..skrg dh krg..hehehehe..~*~

25. Makanan segera biasanya..
~*~ Cepat dimasak.. cepat di makan.. cepat habis..~*~

26. Ayat terakhir pada orang..
~*~hmmm..x tau nk jwb ar..*~*

La..dh abis ke soalan..
Ingat ade lagi..
HUHUHU..

Wednesday, 17 December 2008

~Lelaki Idaman~

Lelaki Idamanku...

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta..
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Iraq, Bosnia dan seumpananya..

Biarlah dia seorang bisu..
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..
Dan lantang menyuarakan kebenaran..

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil..
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman..
Pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran..
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH!!
Kembali megah di muka bumi!!

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa..
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat..
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat..
Papa memiliki akhlak mazmumah..
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..
Dia mahu menjadi seorang syuhada..
Yang syahid di jalan Maha Esa..

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sunday, 14 December 2008

Risau

Assalamualaikum..
Eira agak risau sikit dengan kesihatan mak n ayah eira
Eira terpaksa amik cuti semalam..
Sepatutnya eira mmg dh siap nak gi keje
Tapi..
Mak eira lak kurang sihat..
Telinga mak eira ade problem
So mak dapat nak tidur nyenyak coz telinga rase berdenyut-denyut..
Dah banyak kali gi buat rawatan..
tapi still cam tu gak..
Ayah eira lak..
Asyik sakit kat bhgn tengkuk..
Kesan akibat accident 6 tahun lepas..

Setiap kali nak gi keje..
eira mesti risau psl keadaan family..
takut apa2 jadi kt mak n ayah..
Tapi..
Sebagai anak sulong..
Eira kena kuat..
Eira dha janji dengan diri sendiri..
Eira akan cuba tanggung n jaga family eira sebaik yg mungkin..
Insyaallah..
Doakan kesihatan mak n ayah eira beransur sembuh k..
Wassalam..

Friday, 12 December 2008

~Tukar Cermin Mata Baru~

Assalamualaikum...
Untuk kali ni..
Eira nk kongsi citer ckit..
Eira br je tukar cermin mata baru..
Trendy sikit dari cermin mata lama..
Agak lama tak buat cermin mata baru..
Sampai kepala ni asyik sakit n pening je..
Punyalah lama dok decide nak buat cermin baru..
Tapi masa tak brapa nak megizinkan..
Bila gi kedai nak buat je..
Kedai tutup lah plak..
Dah le kedai tu lah satu-satunya yang dekat ngan umah eira..
Huhuhu..
Ari selasa ari tu adik ayah eira ada wat kenduri sempena raya korban..
Dorang share duit korbankan seekor lembu..
Masa kat kenduri tu eira tgk mak ngah eira pakai spek baru..
Cantik lak tu..
Tanpa membuang masa..
Jeng..jeng..jeng..

Eira apa lagi terus korek rahsia dari mak ngah..
hehehehe
Rupanya ramai adik-adik ayah eira gi wat cermin mata baru kat kedai kwn pak lang eira..
Yang bestnya siap bagi discount tu..
Eira apa lagi..
terus bodek ayah gi kt kedai tu
Akhirnya..
dpt gak wat cermin mata baru..
kat bawah ni ade gambar eira..
masa pakai spek lama..
n spek baru..
Tengoklah perbezaannya..

















Sebelum buat cermin mata baru..




Cermin mata baru..















Sampai sini je dulu untuk kali ni..
Assalamualaikum...

Wednesday, 10 December 2008

~Tak Bisa Memiliki~

Assalamualaikum..
Salam Aidil Adha..
Masih dalam mood raya lagi..
Tapi aidil adha kali ni x berapa best ar..
adik eira kena keje..
so kitorang pon x gi raya sgt..
Eira pon dpt cuti sehari je
Selasa dh mula keje blk..
Huhuhu
Teringat lak pagi td..
ade sorang kwn eira tanya..
Eira ade masalah ke?
Pelik gak..tiba 2 je ade org tanya cam tu..
Rupa-rupanya diorang confuse dgn status eira kt ym
sebabnya eira tulis..
"Mungkin aku tidaklah sempurna"
kelakar gak..
tapi yg bestnya sebab ramai yg ambil berat pasal eira..
thanx sume..
coz wat eira rase happy..
so untuk semua pengunjung blog..
eira nk story sikit...

pasal status ym eira pg td..
sebenarnya status yg eira letak tu merupakan lirik lagu..
"Tak Bisa Memiliki" dendangan Samsons..
Lagu ni dikirim oleh salah sorang sahabat eira..
First time dgr lagu ni cm x best je..
tapi bila dh lama2 eira hayati lirik lagu ni..
best le plak..
Khas untuk pengunjung blog eira...
Hayatilah lirik lagu ni..
(Thanx 2 org yg htr lagu ni..I'll really appreciate it..)

~Tak Bisa Memiliki~ Samsons

[*]
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Back to [*][**]

Back to [**]

Dirimu seumur hidupku 3x



Friday, 5 December 2008

~Salam Aidil Adha~

Assalamualaikum w.b.t.
Sedar x sedar kita telah melangkah ke bulan terakhir dalam Bulan Hijrah..
Insyaallah pada 10 Zulhijjah yang balkal menjelang ini..
Semua Umat Islam dari seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha..

Di kesempatan ini..
Eira ingin ucapkan Salam Aidil Adha buat semua sahabat2 eira..
Pengunjung2 yg sudi mengunjungi blog eira yg x seberapa ini..
Salam Aidil Adha..
Semoga Aidil Adha pada kali ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita..
Buat semua Jemamh Haji..
Semoga mendapat Haji yg mabrur dan selamat kembali ke Tanahair..
Insyaallah..
Hayatilah ibadah korban yg dilakukan..
Semoga kita semua di bawah Lindungan-Nya..
Insyaallah..

Salam Aidil Adha..
Dari Eira..
Pulau Pinang, Malaysia

Thursday, 16 October 2008

Hari ini & Semalam..

Assalamualaikum...
Minggu ni kesihatan eira x berapa nk sembuh lg..
smlm terpaksa amik MC coz kepala rase pening cm nak pengsan..
huhuhu..
Cian plak kt s2dent2 yg dtg..
Dikesempatan ni,
Eira nk mntak maaf byk2 kt 2 org s2dent eirra yg dtg kelas smlm..
Kartini n lia..

sori sgt..
(walaupon dorang x penah jengah blog ni..)
Hopefully kesihatan ni akan bertambah baik..
kepada peminat2 cerita ayat-ayat cinta..
Insyaallah eira akan cuba upload novel 2..
so bleh le kite baca sama2 erk..
Akhir kata..
Doakan kesihatan Eira bertambah baik..
Wassalam...

Saturday, 11 October 2008

Semalam Nan Berlalu..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
kesihatan eira dh beransur pulih..
walaupon x sepenuhnya..
penat mengajar masih terasa..
dengan pelbagai kerenah s2dent..
terpaksa le eira menahan sabar..
semalam, sempat gak tgk cite ayat-ayat cinta..

ramai yg ckp citer ni best..
so, eira pon tgk lah..
mmg menarik gaya penceritaanya..
kisah seorang lelaki yg digilai ramai..
tapi dia berjaya memilih jodoh yg baik utk dirinya..
mmg terharu tol tgk kesetiaan isterinya..
rase cam nak ulang tgk lg citer ni..
mmg best!!
:-)

Monday, 6 October 2008

~Salam Aidilfitri~

Assalamualaikum...
Hampir seminggu rasenye eira x update blog..
Bukannya ape..
cuti raya seminggu je..
so bz ckit ngan persiapan untuk Raya..

Alhamdulilllah sedar x sedar dh 6 hari kita berada di bulan Syawal
Walaupun sedih meninggalkan Ramadhan, Syawal tetap dirai
Raya tahun ni x berapa meriah sangat..
Ramai yg x dapat blk kampung..
Tapi terubat juga rindu di hati coz ramai yg sms kt Eira..
tima kasih eira ucapkan kepada yg sudi antar sms n komen kt tagged, friendster n myspace..
Sekain je dulu untuk ari ni..
Insyaallah, kalu ade mase eira akan update lagi..
Wassalam..

Monday, 22 September 2008

Pengalaman berpuasa

Salam...
Entah kenapa tiba2 je ari ni eira teringat kenangan lalu..
Kenangan berbuka puasa bersama-sama teman serumah..
Masa tu eira still study kt klj kt KL

Tahun pertama berpuasa tanpa keluarga..Agak sedey gak..
Tapi memandangkan eira ada 13 org tmn serumah..
So x terasa sgt..
Tp ade gak ar antara teman2 eira yg sedey..
Tiap2 ari kitorang mesti gi bazar Ramadhan..
Siap share2 duit coz nk jimat (hehehe)

Tahun kedua..
Berpuasa kt umah sewa..
Yg ni plg best..
Coz bdk2 kt umah ni rajin masak..
Pas2 bile mlm gi terawih jln kaki ramai2..
Abis je terawih...
Sume kalut nk blk..
Coz nk tgk cite "Seputih Qaseh Ramadhan"..
Kelakar tol bile ingat time 2..

Tahun Ketiga..
Tahun terakhir kami berbuka bersama..
Ramai yg dh nk habis belajar..
Walaupun skrg kite x lagi berbuka bersama..
Namun..
Eira tetap ingat kenangan terindah kite bersama..
Rindu kt korang sume..
(kak lisa, kak nik, asra, cik pah, amy, dila , 3eka, yuni, kak nik ellia, kak yana, dik dila, dik ain n dik wani

Wednesday, 17 September 2008

Pengalaman Seram

Assalamualaikum...
Juz nak kongsi pengalaman seram lagi menyeramkan...
Kejadian ni berlaku bln lps..
Eira, mak n ayah dlm perjalanan nk gi amik adik kt tmpt keje dia
Jln ke tmpt keje dia ni sunyi ckit...
Time 2 dh nk dkt kol 11 mlm
Tiba2 je terperasan ade satu makhluk ddk kt tepi pokok bunga..
Mula2 eira ingat org... Tapi....

Rupanye bkn..
Terkejut gak ar...
Tapi malas nk ingat
Lps sepuluh minit tunggu...
Barulah adik eira turun.. (lambat tol minah ni..)
Masa dlm keta adik lak buka cite hantu kt opis dia..
Apa lagi...
Eira ni mmg pantang ckit kalu cite hantu ni...
Apa lagi eira pon bg tau ar menda yg eira nmpk 2...
Terkedu kejap diorang dengar..
Pastu kitorang singgah mkn jap coz adik lapar..
Masa nk turun keta tu ar eira rase len..
Blkg ni rase berat je n cam nk pengsan..
Baru ar eira sedar yg menda 2 dh ikut kitorang blk sekali n ade kt dlm kereta
Eira pon terus baca ayat kursi n selawat byk2..
Alhamdulilllah x de perkara buruk yg berlaku..
Ni kira 1st time menda 2 ikut skali...
Serik ckit nk gi mlm amik adik
Takut perkara sama berulang lagi....
Mak pon dh siap bagi warning..
Kalau malam2 tu..
mata jgn asyik meliar..
Alhamdulillah..
Tak de apa yg berlaku..
N lps kejadian ni..
Eira byk kali gak ar teman mak n ayah gi amik adik

Tuesday, 16 September 2008

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...
Firstly, Eira ucapkan terima kerana sudi melawat laman blog Eira yg x seberapa ni..


Eira harap kita dapat berkongsi pengalaman & pendapat di laman ini..
Sekian dulu dari Eira..
:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa