::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday 22 February 2014

::22 Februari 2014 ~ 22 Tahun Pemergian Sudirman::



Selamat malam semua..
Terima kasih pada yang doakan kesihatan Eira..
Keadaan Eira masih tak berapa ok lagi..
Batuk masih menyerang..
Sekarang ni gatal anak tekak pulak..
Rasa cam nak garu je..
Pada semua blogger..
Jaga kesihatan korang ok..

22 Februari 2014..
Genaplah 22 tahun..
Penghibur No 1 Asia yang juga dikenali sebagai "Elvis Malaysia"
Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..

Beliau meninggalkan kita pada tanggal 22 Februari 1992
Untuk pengetahuan semua..
Sudirman merupakan artis kegemaran Eira..
Eira baru berusia 6 tahun...
Ketika itu, Eira dalam perjalanan ke Perlis..
Dengan arwah atuk..
Eira terus menangis bila diumumkan dalam berita..
Allahyarham telah meninggalkan kita buat selamanya..
Arwah atuk sampai tekejut tengok eira menangis..
Eira pun tak tau kenapa Eira rasa dekat sangat dengan Sudirman..
Rupa-rupanya..
Semasa mengandungkan Eira..
Mak dan Ayah pernah hantar Kad Raya kepada Allahyarham Sudirman..
Dan Allahyarham telah membalas kad raya tersebut..
Mungkin atas sebab itu..
Eira selalu rasa dekat dengan Allahyarham..
Tambahan pula..
Eira membesar dengan lagu2 Allahyarham..
Kaset-kaset lagu Allahyarham pun masih ada..
Cuma dah rosak..
Dulu masa kecik2..
Eira selalu menonton konsert2 Allahyarham..
Yang ditayangkan kat RTM..

Kat bawah ni..
Eira letak gambar kad raya..
Yang masih berada dalam simpanan Mak Eira
Sampul Surat Kad Raya Sudirman

 Poskad Sudirman

Ucapan Selamat Hari Raya

Allahyarham mewakili Malaysia dalam Salem Music Award di Royal Albert Hall London pada tahun 1989..
Arwah merupakan penyayi pertama yang menyayi di Royal Albert Hall London..
Arwah telah dinobatkan sebagai Penyayi No. 1 Asia dalam pertandingan tersebut..
Jom tonton video persembahan Allahyarham Sudirman di oyal Albert Hall London..
Lagu One Thousand Million Smiles

Pada Eira..
Tiada siapa dapat menggantikan Allahyarham Sudirman..
Kebolehan arwah dalam seni persembahan, menyanyi, menari, melukis, berjenaka sukar ditandingi penyanyi yang sedia ada sekarang..
Setiap lagu yang dinyayikan..
Mempunyai ceritanya yang tersendiri..
Suaranya begitu menusuk kalbu..
Dan mampu membuatkan Eira menangis..
Eira pernah berangan nak jadi macam Allahyarham..
Berjaya dalam pelajaran dan karier..
Insyaallah..
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..
Buat Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..
Amin..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa