::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Showing posts with label misi kurus. Show all posts
Showing posts with label misi kurus. Show all posts

Wednesday, 9 August 2017

::Tips Kurus ~ 1. Kurangkan / Hentikan Pengambilan Gula::



Hai korang..
Sekarang ni, makin ramai yang kongsi tips-tips untuk kurus.
Eira pun tak terkecuali..
Nak berkongsi gak dengan korang..
Mungkin cara Eira tak sama dengan yang lain..
Korang boleh je pilih nak guna cara macam mana pun..
Ni tips yang Eira amalkan masa mula-mula nak diet dulu.
Bukan senang nak start diet..
Memang banyak halangan, terutama bila buka FB.
Mesti korang akan TERTENGOK pic makanan yang sedap-sedap.
Image result for cakes and pastries
Tergugat iman akak Dek Non..
Rasa macam terus nak berhenti diet.

Tips 1 untuk korang yang berangan & ada hati nak diet.
Kurangkan Pengambilan gula


Image result for kopi dan teh tarik
Sedapnya Teh Tarik.

Kalau sebelum ni, dalam sehari korang minum 3 gelas air manis (Milo, Kopi, Teh Tarik, Sirap dsb), cuba kurangkan kepada 2 gelas dulu. Then baru kurangkan sampai segelas dulu.
Bila rasa dah OK, terus jangan minum minuman manis.
Lagi satu, korang kena ar juga kurangkan pengambilan minuman bikarbonat.
Tak kisahlah yang dalam botol @ dalam tin, semua ada kandungan gula yang banyak.
So, kalau boleh tolong elakkan ye..

Mesti ada yang cakap, habistu saya nak minum air apa je sis??
Minumlah air masak. Awal-awal diet dulu, Eira minum 3liter air masak sehari. Now, dah kurangkan kepada 2 liter sehari.
Takpun, korang boleh minum air kopi @ teh @ jus buah-buahan tanpa gula.
Eira prefer minum green tea dari Ahmad Tea.
Image result for ahmad green tea
My Favorite

Kalau tak boleh jugak, cuba korang tetapkan dalam seminggu tu, sehari untuk korang minum minuman manis (cheating day).
Tapi jangan ar buat selalu ye..

Makanan yang manis macam kek (segala jenis kek, tak kira ar cupcakes ke kek hantu ke) dan pastry yang manis-manis tu, tetap korang kena kurangkan.
Eira ada gak dalam sebulan tu, makan aiskrim @ kek sebab teringin uols.

Eira berjaya kurangkan 5kg di awal diet dulu lepas kurangkan minum minuman dan makan makanan yang manis-manis.
Kalau Eira boleh, korang pun confirm boleh.
Yang penting, korang kena YAKIN pada diri sendiri ye..
Korang buat, korang dapatlah hasilnya.

Nota kaki: Nanti Eira akan kongsikan tips cara minum air masak yang Eira amalkan.

Friday, 21 July 2017

::Tips Menghadiri Rumah Terbuka::



Morning uolss..
Salam Jumaat..
Masih dalam mood raya lagi ke tu?
Semakin Syawal menghampiri penghujungnya, makin ramai yang buat rumah terbuka dan jamuan raya.
Eira pun semalam de jamuan raya kat office lama.
Hari ni pulak nak pi jamuan raya APM kat Seremban.
Hari ni Eira nak share dengan korang tips yang Eira guna bila nak pi rumah terbuka..
Jom kita menelaah.

Tips Ke Rumah Terbuka
Jom gi beraya

1. Bawa air masak sendiri

Kalau korang nak kurus, kena ar minum air masak banyak-banyak. Masa awal-awal dulu, ramai yang mencebik sebab Eira bawa air.

Thursday, 13 July 2017

::Menu Of The Day ~ 13.7.2017::



Korang dah lunch ke tu..
Macam mana berat korang lepas raya?
Naik ke turun?
Alhamdulillah, berat Eira masih maintain.
Now, dalam usaha nak kurangkan berat lagi 😉
Apa menu lunch korang hari ni?
Ni menu Eira untuk hari ni..
tadaa.. comeikan set sudu & garpu tu
Untuk sarapan, selalunya Eira amalkan minum segelas air masak yang dah direndam semalaman dengan satu camca chia seeds.
Tadi pagi sebelum gi keje, sempat gak bersenam sikit kat rumah.

Friday, 30 September 2016

::Cucur Ikan Bilis Atkins::




Hai korang!!
Salam Jumaat terakhir di tahun 1437H.
Eira buat entry ni sebab de akak kat office request.
Dia try rasa cucur yang Eira buat.
Eira kongsi dengan korang ye resipi cucur yang tak guna tepung.
Sesuai untuk yang mengamalkan diet atkins.
Nama resipi ni cucur ikan bilis

Bahan-bahan yang korang perlukan:
Segenggam ikan bilis (boleh ganti dengan ayam @ isi ikan
bawang besar
telur
cili kering (kalau nak pedas)
*bahan-bahan kat atas ni korang blend sekali k
bunga kobis (eira parut halus)

Cara-cara:
1. Campur je semua bahan kisar tu kat dalam bekas yang ada bunga kobis.
2. Then, kacau sebati.
3. Goreng macam korang goreng cucur tu ye

Selamat mencuba uols!!

Friday, 23 September 2016

::Nasi Goreng Atkins::




Selamat pagi uols!!
Dah sarapan ke?
Hari ni kat office de Majlis Bacaan Yassin.
So, dapat ar mkn free.
Nasi daging lagi uols.
Ok nak share dengan korang sume.
Menu kegemaran Eira "Nasi Goreng Atkins".
Nama je nasi goreng uols. Tapi tak letak nasi pun.

Bahan-bahan yang korang perlukan:
Bunga kobis (eira parut, jadi macam nasi gitu)
Bawang putih + bawang merah (tumbuk)
Isi ayam / ikan bilis
Cili kering (dikisar)
Sayur-sayuran
Telur
Sedikit minyak untuk tumis


Then, korang goreng macam buat nasi goreng tu.
Dah siap untuk dimakan.
Kalau boleh, tiap-tiap hari nak makan..
Hehehe

Saturday, 17 September 2016

::Breakfast 17 September 2016::




Hello uols..
Dah nak masuk waktu lunch, baru berkesempatan nak taip entry.
Hari ni, Eira bangun awal uols.
Sebab nak pi servis kereta.
So, sempat ar buat breakfast awal.
Scramble egg + sosej + daging kebab + 500 ml air


Nampak sedap tak?
Sambil siapkan sarapan tu, sempat gak ar bersenam.
20 squat + 30 jump jack + 10 crunches
Pergh...
Penat uols..
Tapi tetap ku gagahkan..
#misi10kg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa