::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Showing posts with label Bulan-bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan-bulan Islam. Show all posts

Friday, 14 December 2012

::Istimewa tarikh 1234::



Salam Jumaat buat semua..
Jika semua org sibuk dgn tarikh 12.12.12..
Eira lebih tertarik dgn tarikh ari ni..
1 Safar 1434H
Kalau mengikut perkiraan bulan Islam...
Bulan Safar ialah bulan kedua..
So tarikh hari ni..
1.2.34
Special kan..
Alhamdulillah..
Eira dan korang sume masih lagi bernafas..
Di hari Jumaat yang mulia ini...


Sunday, 5 August 2012

::Nuzul Al-Quran::



Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan (610 Masehi), tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW di Gua Hira'. Ketika Nabi Muhammad SAW sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq:1-5)

Artikel dipetik dari :

Tuesday, 24 July 2012

::Iklan Ramadhan::




Assalamualaikum..
Dear my blog n all bloggers..
Hari ni nak kongsi satu iklan..
Kalau x salah eira..
Papan iklan ni dari Indonesia..
Jom kita tengok..




Waktu Siang (Sebelum Waktu Berbuka Puasa) Hanya pinggan mangkuk kosong je yg kelihatan


Waktu Malam (Selepas Lampu Terpasang) Penuh makanan atas meja

Ayat pada papan iklan ni memang gempaq...
Siang Dipendam Malam Balas Dendam..

Monday, 23 July 2012

::Salam Ramadhan::




Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga ibadat puasa dan amalan kita..

Mendapat keberkatan dari-Nya..

Insyaallah.. 
Jangan curi2



Jangan malas2
Jangan asyik nak    
Jangan asyik nak   


Banyak2 lah bersabar ....

Banyakkan membaca

 




zwani.com myspace graphic comments

Saturday, 20 September 2008

Keistimewaan Lailatul Qadar

  1. Lebih baik dari 1000 bulan
  2. Diturunkan Kitab Suci Al-Quran
  3. Malam yang penuh berkat
  4. 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi
  5. Sepanjang malam diliputi suasana damai & bahagia
  6. Allah memperkenankan doa orang mukmin pada setiap saat malam Lailatul Qadar

Sejarah Lailatul-Qadar

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahun yang akan datang.

Menurut Riwayat Ibnu Abbas r.a..
Pada suatu ketika Malaikat Jibril menceritakan kpd Nabi Muhammad S.A.W. kisah seorang lelaki pd Zaman Bani Israil yg berjuang fisabilillah terus menerus selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.Pada malam hari lelaki itu akan mengerjakan ibadah dgn tekun & pd siang hari dia berjuang melawan musuh yg merosakkan agamanya.

Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kpd para Sahabatnya. Mereka semua merasa kagum & terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat & keinginan agar Umatnya dpt pula memiliki nilai yg demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kpd allah S.W.T.
" Ya Tuhanku! Telah Engkau ciptakan umatku pendek2 umurnya & sedikit amalnya."
Sebagai jawapan atas munajat Rasulullah itu, maka Malaikat Jibril diperintahkan Allah menyampaikan Wahyu yg tersimpul dlm Surah Al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud: 

 “Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing“.

Pada ayat tersebut diterangkan bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kpd Umat Muhammad 1 malam yg istimewa, yg penuh keberkatan. Keistimewaan itu ialah, apabila umat Muhammad mengerjakan ibadah pd malam itu, maka pahalanya serupa dgn pahala beribadah selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa