::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Showing posts with label Luahanku. Show all posts
Showing posts with label Luahanku. Show all posts

Sunday, 8 October 2017

:: Peruntukan Belum Masuk::



Selamat berhujung minggu.
Entri ni ditulis sekadar luahan isi hati.
Seronok tengok orang lain dah dapat gaji bulan September & tak lama lagi gaji bulan Oktober pula (Deepavali).
Tapi kami ni masih menggigit jari menanti gaji yang tak masuk-masuk (kitorang panggil elaun).
Alasan sebab tak masuk gaji, PERUNTUKAN TAK ADA.
Allahuakbar!!
Rasa macam batu menghempap bahu bila dengar dari pihak kewangan.
Sebelum ni, tak pernah berlaku masalah macam ni.
Tapi, sejak nama jabatan bertukar & ditukar ke bawah Kementerian lain, masalah begini kerap timbul.
Kami pun ada tanggungjawab masing-masing.
Nak kena bayar duit kereta, rumah, bil-bil bagai.
Kalau yang dah bekeluarga, lagilah kesian.
Nak kena beli susu anak, belanja ke sekolah.
Semua tu memerlukan DUIT.
Ni situasi yang Eira hadapi.
Mak: Kakak, beras dah habis. Nanti tolong beli tau.
Eira: Ok mak. Nanti dapat elaun, kakak beli.
Mak: La, elaun tak dapat gi ke?
Eira: Belum. Depa kata peruntukan tak masuk lagi.
Ayah: Pi cari kerja lain. Susah kerja macam ni!!
Terus air muka mak & ayah muram.
Luluh hati Eira.
Nak beli beras pun tak mampu.
Baru beli sepapan telur.
Tu pun pinjam duit adik.
Takkan nak harapkan adik je.
Dia pun nak guna duit gak.
De lak mulut-mulut puaka yang cakap.
"Eh, hang kan meniaga online. Takkan tak dak duit kot.."
Korang ingat, orang meniaga ni semua kaya ke?
Memang jual banyak produk, tapi kalau orang tak beli, tak dapat untung gak.
Duot modal niaga pun, dah habis belanja semua.
Gara-gara elaun tak masuk lagi.
Duit keuntungan lak, Eira terpaksa simpan untuk bayar duit roadtax kereta.
Kalau guna duit tu, jenuh lak nak kumpul balik.
Memandangkan peruntukan ni pun tak tau bila nak dapat.
Harapan Eira & teman senasib, cuma satu je.
Harap pihak atasan dapat mengatasi masalah ni.
Bukan tiap-tiap bulan kami terpaksa menunggu.

Sekian luahan hati 😢

Tuesday, 12 September 2017

::Hormati Orang Lain::



Betul apa yang orang cakap..
Tak Kenal, Maka Tak Cinta.
Bila kita dah lama kenal orang tu, baru kita tahu perangai dia.
Bukan nak minta diri dihormati..
Tapi at least cuba ar belajar nak hormat orang lain.
Kalau nak diri korang orang hormati, korang pun kena ar hormat orang lain gak.
Setiap orang punya cara pemikiran yang berbeza.
Semakin kita dewasa, sepatutnya fikiran kita lebih matang.
Bukannya masih bersifat kebudak-budakan.
Lepas tu, mula ar cakap orang tak faham awak.
Pening akak dik non..
Asyik nak jaga hati orang je, hati akak yang sakit ni sapa nak jaga??

Adakalanya, Eira terfikir gak..
Macam manalah kawan-kawan dia boleh bersabar bersahabat dengan orang macam ni?
Cara saya kerja memang tak kan sama dengan orang lain.
Tak perlulah nak bandingkan saya dengan awak kot.
Saya memang tak setaraf pun.

Mood dah ke laut uols..
Otak pun dah malas nak fikir lagi..
Tak tahu sampai bila nak bersabar lagi.
Kalau orang tak nak, kita pun tak hingin uols.
Lain kali, awak buat je lah keje sorang-sorang ye.

SEKIAN

Saturday, 8 July 2017

::Adab Kat Mana::




Korang masih dalam mood raya ke?
Sempat gi nak Eira nak ucap Selamat Hari Raya kat pembaca blog saya (tu pun kalau ada 😉)

Dah lama Eira tak mencoret kat dalam  blog ni.
Malam ni nak story sikit kat korang pasal adab.
Apa yang Eira perhatikan, orang kita dah semakin tak beradab.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak, mak Wira selalu pesan.
Bila jumpa orang yang lebih tua, kita kena hormat.
Tapi budak-budak sekarang, kalau jumpa orang tua siap berlaga bahu, langsung tak minta maaf.
Siap cakap "Oi! Buta ke??"
Bukan setakat budak, bapak budak & mak budak pun sama.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan??

Thursday, 24 March 2016

:: Belajar Untuk Redha::

Assalamualaikum..
Sejak dua, tiga hari ini..
Kesihatan Eira sangat tidak memuaskan.
Batuk, selsema, sakit kepala mula menyerang.
Badan pun rasa panas je.
Semua ini gara-gara teman ayah gi hospital & berjemur jap kat tengah panas.
Batuk memang tak berkurangan langsung.
Tapi tak kisahlah, kesakitan tu kan penghapus dosa-dosa kecil.

Sejak Eira ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab nak jaga ayah, adakalanya Eira terfikir gak betul ke tindakan yang Eira ambil ni?
Bila duit simpanan makin berkurangan, terasa macam Eira hidup menumpang dalam keluarga sendiri.
Duit nak beli makan pun Eira tak de.
Sampai terasa nak telan makanan pun tak boleh.
Rupa-rupanya memang kita akan dipandang hina ye bila tak berduit.
Sampai keluarga sendiri pun sanggup bandingkan kita dengan orang lain.

Alhamdulillah, kesihatan ayah dah semakin baik.
InsyaAllah lepas ni Eira akan berusaha untuk cari kerja lain.
Agar tak dipandang hina lagi.
Sekarang ni Eira tengah belajar untuk redha.
Kerana Eira yakin Allah tidak akan memberi dugaan pada seseorang itu jika dia tak mampu menanganinya.

Doakan Eira ye sahabat-sahabat semua.
Semoga kesihatan Eira bertambah baik dan Eira akan dapat bekerja semula.
Nak juga ucap terima kasih pada kawan-kawan yang support business Eira.
Kalau de yang nak beli blouse, boleh tengok kat FB Eira ye.

Monday, 21 March 2016

::Asal Boleh::

Assalamualaikum..
Baru berazam, hari ni tak nak marah-marah.
Tapi terpaksa gak melenting hari ni.
Dengan sikap sesetengah manusia.
Tak tau nak cakap macam mana.
Nak kata tak pergi sekolah, pandai lak drive kereta.
Sayangnya tak pandai menggunakan akal kurniaan Tuhan.
Ini dah kali kedua Eira menghadapi masalah yang sama.
Kenapalah dorang ni tak nak ikut peraturan?
Dah tahu jalan sehala, nak jugak kau masuk kan.
Pastu parking kereta ikut suka hati.
Kalau dah tak de petak parking tu, maknanya tak dibenarkan parking lah.
Itu pun susah nak faham ke?
Kita lak terpaksa tunggu owner datang ubah kereta.
Takkan kita lak nak kena reversed.
Kang tak pasal-pasal berlaga dengan kereta orang lain pulak.
Dalam 5 minit, owner kereta pun turun.

Auntie: Tak pe tak pe, saya ubah kereta.
Eira: Auntie, apasal you parking sini. Sini mana boleh parking. Lagi pun you dah masuk salah jalan.
Auntie: Takde kita mai hantar barang sat saja.
Eira: Ayoyo, kalau sat pun tetap tak boleh parking. Ni jalan orang masuk.

Auntie terus masuk dalam kereta dan reverse.
Kena ar pusing satu flat ye.
Pandai masuk, pandai ar kau cari jalan nak keluar.
Lain kali ikut petaturan ye auntie.
Maaf saya memang tak boleh tolerate.
Dah dua kali kena macam ni.
Belajar dari kesilapan ye auntie.
Jangan biar sejarah berulang lagi.
Tolong jangan ambil sikap #AsalBoleh

Thursday, 17 March 2016

::Hinakah Aku??::

Assalamualaikum..
Agak lama tidak mencoret.
Firstly, Eira nak minta maaf andai entry ini mengguris perasaan sesiapa.
Tidak terniat di hati ini untuk menyakiti hati orang.
Ini sekadar luahan hati kecil ini.

Eira terpaksa berhenti kerja.
Untuk menjaga ayah yang uzur.
Ramai yang tak faham.
Mereka fikir Eira sengaja berhenti.
Pada hal, Eira memang dah lama fikir. Daripada bekerja tapi keluarga terabai, lebih baik berhenti.
Mak Eira pun bukannya sihat sangat.
Susah untuk dia hantar ayah bila ada appointment kat hospital.
So, sebagai anak sulong, itu dah jadi tanggungjawab Eira.

Kadang-kadang terfikir gak.
Hina sangatkah Eira kalau tak bekerja?
Tak berduit?
Orang langsung tak pandang, walaupun sekadar sebelah mata.
Dulu, waktu kita berduit, ramai nak mengaku kawan, mengaku saudara.
Tapi sekarang, semuanya hilang berlalu pergi.
Rupa-rupanya duit telah membutakan mata mereka.
Sehingga keluarga sendiri pun menjauhi.
Pada Eira biar tak berduit, asal ilmu ada di dada.
Duit & harta tak boleh dibawa mati.
Hanya ilmu yang bermanfaat saja yang dapat membantu kita bila bertemu Sang Pencipta nanti.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Ingat jangan pandang hina pada orang yang tak berharta kerana mungkin mereka lebih mulia daripada kita.

Thursday, 18 February 2016

::26 Februari Mengubah Segalanya::

Tanggal 26 Februari 2002 mengubah kehidupan Eira sekeluarga.
Walaupun sudah hampir 14 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam je berlaku.
Ayah masa tu baru je ditukar bertugas di Penang.
Sebelum ni ayah kerja kat Kuala Lumpur.
Pagi itu, semua sibuk dengan hal masing-masing.
Eira bersekolah dalam tingkatan empat manakala adik berada di tahun enam.
Ayah pulak dah bersiap-siap nak pergi kerja.
Masa kat sekolah, Eira dah mula rasa tak sedap hati.
Tapi tetap jugak teruskan sesi pembelajaran. Maklumlah awal-awal tahun, semua excited nak belajar.
Waktu kelas kimia di Makmal Kimia, tiba-tiba kerani sekolah datang jumpa cikgu.
Cikgu pulak, asyik toleh-toleh pandang kat Eira.
Lagi la buat Eira tak senang duduk.
Lepas habis je kelas, cikgu suruh Eira tunggu kat makmal. Teacher Tan, Guru Kimia Eira peluk bahu Eira.
"Saya harap awak bersabar, ayah awak kemalangan."
AllahuAkbar!!!
Tak dapat Eira gambarkan perasaan Eira pada waktu itu.
Rasa nak menangis, tak percaya dengan apa yang dah berlaku.
Untuk kepastian, Eira terus berlari ke pondok telefon di dalam sekolah untuk call mak kat rumah.
Tapi, nasib memang tidak menyebelahi Eira.
Dompet Eira tertinggal kat rumah. Eira tak dapat nak call mak dan sekali lagi Eira terpaksa berlapar di sekolah.
Alhamdulillah rakan sekelas Eira , Ain sudi pinjamkan hp dia untuk Eira call mak (adik-adik jangan bawa hp gi sekolah ye, takut kena denda lak. Eh tapi sekarang dah boleh bawa hp erk gi sekolah?)
Lega dapat cakap dengan mak. Memang betul ayah Eira accident.
Eira terus beritahu cikgu nak balik rumah. Tapi cikgu tak benarkan sebab tak de waris datang ambil.
Puas gak ar pujuk cikgu, akhirnya dapat gak balik.
Eira tak berapa ingat sape yang datang bawa Eira, mak dan adik ke Penang GH.
Bila sampai hospital lak, waktu melawat dah habis.
Kami semua tak dibenarkan masuk.
Mak Eira sorang je dapat masuk.
Mungkin sebab kesiankan Eira dan adik, akhirnya kami dibenarkan masuk melawat.
Pertama kali jumpa ayah, memang muka ayah nampak lain.
Muka ayah jadi bengkak dan hitam.
Selepas 3 hari, ayah dibenarkan pulan ke rumah.
Tapi..
Bila doktor maklumkan pada kami sekeluarga, yang ayah Eira dah hilang keupayaan untuk bergerak dalam erti kta lain lumpuh seluruh badan.
Jalan terbaik untuk pulih kembali ialah dengan melakukan pembedahan saraf. (Saraf C3 hingga C7 ayah ada masalah)
Peratusan untuk ayah pulih sepenuhnya hanya 50-50.
Sebab tu ayah ambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan.
Sejak kemalangan itu, kehidupan kami sekeluarga terus berubah 100%.
Kami hilang mata pencarian, hilang juga tali persaudaraan, persahabatan.
Namun yang penting Eira akan tetap bertahan walaupun asyik tersadung.
Doakan Eira ye sahabat-sahabat blogger

Thursday, 8 October 2015

::It Happen Again::

Allahuakbar..

Tak tau nak cakap pe..
Rasa nak marah, nak tumbuk, nak penampar..
Eira STRESS sangat sekaran ni..
Ingatkan isu gaji lambat tak berlaku lagi..
But..
It happen again..
Kontrak Eira sebagai PSH dah tamat 30 September ari tu..
Semua maklumat yang dikehendaki dah hantar kat pegawai terlibat..
Tapi kenapa gaji tak dapat lagi..
Hari ni dah 8 Oktober.
Setahu Eira, pembayaran perlu dibuat sebelum 7hb.
Eira tak boleh terima alasan yang diberi.
Pegawai yang patut sign tak de..
Kenapa?
Tak de pegawai lain ke yang boleh jadi wakil?
Kalau pegawai tu cuti sebulan, gaji kami pun kena extend sebulan ke?
(Kalau kat tempat keje lama Eira dulu, Pegawai akan suruh proceed. Kesian kat pekerja-pekerja yang dah penat kerja selama sebulan.)
Rasa sakit hati sangat-sangat!!!
Apa kami yang kerja PSH ni tak de tanggungjawab ke?
Kalau boleh, Eira memang berharap kontrak Eira disambung..
Tapi bila kejadian ni berlaku lagi, Eira langsung tak berminat nak sambung kontrak.
Kesian kat kawan Eira lagi 2 orang.
Tolonglah prihatin sikit.
Kepada pegawai yang bertanggungjawab tu, tolonglah jalankan tanggungjawab anda dengan baik.
Jangan menyusahkan orang lain.
Eira nak tanya pendapat korang ni..
Patut ke Eira buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja??


Saturday, 1 August 2015

::Anak Haram::

Assalamualaikum..
Anak Haram..
Mengikut istilah, anak haram ialah anak yang dilahirkan hasil dari hubungan yang tidak sah.
Sedih.. Pilu...
Bila diri ini diberi gelaran Anak Haram..
Siapa sebenarnya aku ini???
Mungkin gelaran itu tak sengaja terkeluar..
Tapi..
Ia cukup untuk membuatkan hati ini terluka..
Lantas aku tak dapat lagi membendung kesedihan yang ku tanggung selama ini..
Dulu aku disabit sebagai penyebab anak mereka cacat..
Aku terima ketentuan ini walaupun aku sendiri tak mengerti..
Mungkin nanti akan ku temui kebahagiaan itu..
Biar aku dipandang hina di hadapan keluargaku sendiri.
Asal aku dipandang mulia di sisi Allah swt..
Sekali aku melangkah, aku tak akan menoleh lagi..
Moga ada sinar kebahagiaan menanti..
Sebelum bahagia itu muncul..
Akan ku biar hati ini terus terluka..
Biar aku menangis sendirian..
Menanggung kelukaan..
Walapun perit..
Akan ku hadapi dengan senyuman..
Keep strong, Allah will be with you..

Thursday, 23 July 2015

::Salam Aidilfitri 2015::

Assalamualaikum..
Korang semua masih dalam mood raya lagi ke?
Eira dah start keje hari Isnin lagi..
Tak sempat nak gi beraya sangat..
Alhamdulillah..
Tahun ni dapat beli baju raya buat mak..
Ayah pulak..
Susah betul nak beli baju melayu..
Sebab ayah Eira tak gemar sangat pakai baju melayu..
Ayah just beli shirt je..

Raya pertama..
Mak sibuk siapkan biskut mazola untuk mak njang..
Sebab mak njang teringin sangat nak makan..
Kata mak..
Mana tau, ni mungkin Syawal terakhir kami..
So mak tak nak hampakan keinginan mak njang..
Pukul 8 malam, baru kami keluar beraya..

Raya kedua..
Kami menanti kunjungan saudara mara..
Tapi tak sempat nak masak..
Sebab ramai sangat yang datang..
Sorry sangat2..
Sebab korang semua terpaksa makan biskut raya je..
Eira happy sangat sebab my bff Anna Mariana & mak dia sudi datang ke teratak buruk Eira..

Raya ketiga..
Baru dapat gi beraya bersama..
Dapat gak ar snap pic kat bawah ni..

Seronok sangat dapat berkumpul ramai2..
Tapi bila ramai2 mcam ni..
Berlaku lak insiden yang tak berapa berkenan di hati..
Mesti korang pun pernah alaminya..
Dorang masak sedap2 untuk orang jauh..
Bila kita nak makan..
De lak yang merungut..
"Jangan makan banyak sangat, orang lain pun nak merasa gak.."
"Alamak!! Makanan tak cukup ar.."
"Husband aku pun tak makan lagi tau.."

Sedih sangat2..
Sampai nak makan pun Eira tak sanggup..
Baik gi beraya kat rumah orang lain dari rumah keluarga sendiri..
Eira perasan mak memang terasa hati sangat..
Pada Eira..
Time raya macam ni..
Orang bukan nak makan sangat..
Tapi lebih kepada nak ziarah keluarga..
Mengeratkan silaturrahim..
De juga family yang tak nak datang beraya rumah Eira..
Tapi boleh je gi beraya rumah family yang jauh..
Pada hal rumah Eira yang paling dekat..
Almaklumlah..
Rumah Eira rumah flat je kan..
Tingkat 3 lak tu..
So alasan tu je lah yang sering digunakan..
Penat nak naik tangga..
Rumah Eira sempit..
Faamily Eira pulak tak kaya macam sedara lain..
Kami tak de masak macam2..
Yang ada cuma kuih raya buatan Eira sendiri..
So, tak de lah orang nak datang beraya..
Tapi..
Tak kisahlah..
Korang nak datang beraya ke tak..
Eira & family tak pernah mengharap orang untuk datang rumah kami..
Apa2 pun..
Pintu rumah kami sentiasa terbuka luas untuk korang..

Terima kasih kepada kaum keluara, sahabat handai yang sudi hadir..
Siapa tahu..
Ini mungkin Syawal terakhir buat kami sekeluarga..
Dengan rasa rendah hati..
Kami sekeluarga ingin menyusun 10 jari..
Memohon 1000 kemaafan..
Atas segala silap & salah..
Keterlanjuran bicara..
Kekhilafan diri..
Semoga Syawal kali ni memberi 1000 makna buat anda semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

p/s: maaf jika ada yang terasa dengan entry Eira ni..

Monday, 22 June 2015

::Throwback Jumaat ~ Nak Parking Pun Susah::

Assalamualaikum..
Salam 5 Ramadhan uolls..
Hari ni nak kongsi sikit..
Pasal kejadian Jumaat lepas..
Hari ke-2 berpuasa..
Eira sampai kat kawasan rumah..
Lebih kurang jam 6.35 petang..
Kira awal gak ar..
Tapi pusing2 cari parking je hampir 15 minit..
Bukan tak de tempat nak parking..
Tapi sebab ramai sangat orang berniaga..
Kat tepi2 jalan..
Sampai nak parking pun susah..


Nampak tak??
Siap letak penghadang lagi..
Cam ne ar nak parking kalau cam gini..
Yang buat Eira lagi geram..
Bila mamat yang niaga tu..
Buat tak tau je..
Pada hal Eira dah pusing depan dia dekat 3x..
Memang tak prihatin langsung..
Pada Eira, tak salah korang nak meniaga.
Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain pulak..
Rezeki ALLAH tu ada kat mana-mana..
Maaf kalau entry ni menyinggung mana2 pihak..
Tapi nak buat macam mana kan..
Bila parking kat dlm flat dah penuh..
Terpaksa ar kami parking kat tepi jalan..
Tak salah nak meniaga..
Tapi kena ar ada sikap prihatin & tanggungjawab terhadap penghuni rumah..
Belajar2 lah menjadi insan yg lebih baik di bulan mulia ni..

Wednesday, 10 June 2015

::Aku Stress!!!::

Assalamualaikum..
Eira tengah STRESS sangat sekarang ni..
Saat entry ni ditaip,
Eira masih tak dapat duit gaji.
Untuk bulan lepas..
Duit dalam dompet pun..
Cuma tinggal RM8 je..
Memang terpaksa tebalkan muka..
Pinjam duit kat orang..
Ayah & mak asyik tanya..
"Kakak, bila gaji nak masuk? Hutang kereta & PTPTN dah bayar ke?"
Kelu rasa lidah nak berkata-kata..
Terasa Eira dah buat satu keputusan yg salah..
Dulu, masa keje kat tempat lama..
Paling lewat Eira dapat gaji pun dalam 8hb je..
Ni dah masuk 10hb tau..
Eira sedar, Eira ni cuma pekerja sambilan harian (PSH) je..
Tapi..
Apa org macam Eira ni, tak de komitmen ke?
Tak de tanggungan ke?
Tak perlu makan? Minum?
Eira memang tak boleh terima alasan yg diberi..
Pegawai tak de, so tak de orang nak sign utk gaji korang...
WHAT?????
Eira pun pernah gak keje dgn bahagian kewangan..
Pernah hadapi situasi yg sama..
Eira buat je muka tak malu..
Call pegawai..
Tanya, boleh tak saya proceed..
Kalau pegawai tu seorang yg berperikemanusiaan, dia akan suruh proceed je..
Sebab ni melibatkan periuk nasi orang..
Tapi dalam situasi Eira ni..
Orang tu langsung buat bodoh je..
Tak de datang nak bagi tau kenapa gaji lambat..
Kalau jumpa Eira pun..
Siap sengih2 seolah-olah tak de apa2..
Tahu awak cuma pekerja..
Tapi cuba ar cari jalan terbaik utk atasi masalah..
Jangan duduk diam je..
Sekarang ni server kat office lak ada masalah..
Lepas ni mungkin alasan ni pulak akan diguna pakai..
Terima kasih lah atas penganiayaan ini..
Satu je yg awak kema ingat..
Setiap apa yg kita lakukan tu, ALLAH akan beri balasan yg setimpal..
p/s: korang, doakan Eira dapat pekerjaan tetap..

Wednesday, 1 April 2015

::Stress::



Salam 1April...
Hari ni hari paling stress buat Eira..
Eira bangun awal-awal pagi..
Ingat dapat sampai office awal..
Tapi lain pulak yang jadi..
Gara-gara orang tu..
Eira lewat 10 minit..
Orang tu pulak boleh buat bodoh je..
Maklumlah ada orang bela..
Buat salah apa pun..
Tak de orang nak marah..
Dah sampai tempat keje..
System pulak tak boleh masuk..
Memang stress betul..
Due date dah dekat..
Tapi banyak data tak siap lagi..
Yang buat Eira makin stress...
Bila duit dalam purse..
Cuma tinggal RM17..
Minyak kereta pulak dah nak habis..
Mak Eira dah mula bising-bising..
Ayah pulak risau tak dapat bayar road tax kereta dia..
Macam mana Eira tak stress..
Gaji belum masuk lagi..
Huhuhuhu..
De sape-sape tau tak..
Kalau kebas kepala tu..
Tanda-tanda stress ke??
Hopefully Eira dapat langsaikan semua..

Saturday, 27 December 2014

::Dah 5 Tahun Rupanya::



Sedar tak sedar..
Hampir 5 tahun Eira berkhidmat kat opis ni..

Sepanjang 5 tahun ni..
Terlampau banyak kenangan..
Ada yang manis..
Ada yang pahit..
Ada yang kelat..
Dari elaun RM 4 sejam..
Sampai dah naik RM 6 sejam..
Dari uniform berwarna hijau..
1st time gi kursus..














Hingga sekarang berwarna biru..
Pic lama sebenarnya


















Ada kalanya Eira rasa rapuh sangat..
Rasa nak berhenti je..
Dari meneruskan perkhidmatan..
Mujur Eira ada keluarga dan kawan2..
Yang cukup memahami..
Nampak kegemukan ku di situ






















Setiap bulan..
Menghadapi masalah yang sama..
Berkenaan elaun..
Tertekan sangat..
Bila ada yang tengking, marah..
Tak kurang jugak maki hamun orang..
Kat Eira..
Bertanya bila elaun dorang nak masuk??
Kenapa lambat masuk??
Kenapa jumlah amaun sikit??
Betapa sukarnya nak menjawab soalan dorang ni..
Sebab soalan2 ni di luar kemampuan Eira..
Eira bukan bekerja dengan bank..
Yang nak tau..
Bila elaun dorang nak masuk..
Sabar je lah..

Sometimes pulak..
Eira tak terima langsung surat2..
Pada hal..
Ada je dalam buku rekod surat..
Orang yang terima surat siap tunjuk gi surat tu kat Eira..
Tapi..
Bila hantar surat kepada yang menguruskan pecahan..
Tak sampai pulak kat Eira..
So..
Salah Eira gak ke??
Kenapa la dorang ni tak de rasa tanggungjawab langsung..
Eira punya la susah nak cari kerja kerajaan..
Yang dah dapat ni..
Tak reti pulak nak hargai..
Kalau datang keje tapi tak buat keje..
Macam mana nak dapat gaji yang halal??
Bila cukup bulan je..
Cakap gaji tak cukup..
Mula ar nak meminjam duit..
Cuba ar kenang kembali..
Apa yang kita buat time keje..
Kita buat keje @ kita dok layan youtube..
Nampak je macam sibuk menaip..
Pada hal semua tu wayang je..

Tak tahu lah..
Sampai bila lagi Eira mampu bertahan..
Selama ni..
Eira bertahan..
Sebab nak cari rezeki untuk keluarga..
Nak bantu mak dan ayah..
Doakan Eira ye kawan2..
Moga2 ada sinar baru tahun 2015 nanti..

p/s: Harap2 tak de yang terasa dengan entry Eira ni..
     Semoga kita berubah menjadi yang lebih baik..

Monday, 3 November 2014

::Belajar Hargai Orang::



Bijak pandai pernah berkata..
Bila kita luahkan masalah yang terpendam..
Beban yang ditanggung akan berkurang..
Selalunya orang akan luahkan pada kawan2..
Eira lebih suka luah kat blog..
Biar blog ni jadi diari kehidupan Eira..
Susah sebenarnya..
Nak buat orang faham kita..
Sebab tu kita kena belajar..
Hargai apa yang ada di sekeliling kita..
Cuba kita tanya pada diri sendiri..
Pernahkah kita hargai kehidupan yang diberi?
Kadangkala ucapan terima kasih pun sudah cukup untuk buat Eira tersenyum..
Eira tak minta lebih pun..
Cuma belajarlah menghargai perasaan Eira..
Kalau dengan orang lain..
Boleh berlemah-lembut..
Tengok perempuan sampai tak berkedip mata..
Tapi dengan Eira..
Cakap main ikut sedap mulut je..
Macam Eira ni robot..
Tak de perasaan..
Selama ni..
Eira pendam je..
Apa yang orang buat..
Apa yang orang kata..
Sampai kekadang Eira terfikir..
Apa aku ni tak layak ke hidup?
Ditendang ke sana ke mari umpama bola..
Apa yang Eira buat..
Langsung tak dihargai..
Penat lelah Eira untuk mencari sesuap nasi..
Pernahkah ada orang tanya..
Kesusahan kita?
Langsung tak de..
Orang lebih berminat nak tengok kita jatuh tersungkur..
Alhamdulillah..
Eira masih bertahan..
Walaupun berkali-kali jatuh..
Terima kasih pada teman2..
Yang selalu bagi kata2 semangat..
Sesungguhnya kalian ku anggap seperti keluarga sendiri..
Di saat keluarga sendiri semakin jauh..
Aku mencari kekuatan berbekalkan semangat kalian..
Moga aku akan menemui sinar cahaya dalam kegelapan..
Dan berjaya sampai ke penghujung jalan..
Bersama Redha dari Illahi..

*Hanya sekadar luahan isi hati. Moga kalian juga dapat belajar menghargai orang lain.

Saturday, 6 September 2014

::Kerana Duit::



Duit @ wang dah menjadi keperluan utama.
Kerana duit, mulut seseorang tu..
Boleh terkunci..
Sampai tak mampu nak marah..
Walau si anak melakukan kesalahan..
Mak & ayah masih mampu tersenyum..
Almaklumlah...
Tiap2 bulan masyuk kan..
Anak yang tak berduit pulak..
Di pandang sebelah mata saja..
Kebaikan yang dibuat pun..
Semua nampak buruk je di mata mereka..
Dunia-dunia..
Cakap orang yang berduit semua dituruti..
Cakap orang yang tak berduit ni..
Hanya dipandang sepi..
Walaupun orang tak berduit tu berilmu..
Tapi seolah-olah dirinya tak berharga je...
Sungguh hebat pengaruh duit ni..
Pada Eira..
Biar Eira tak berharta..
Asal ilmu penuh di dada..
Lagipun..
Duit bukan boleh dibawa mati..
Hanya ilmu yang bermanfaat je..
Dapat membantu kita kelak..
Di alam sana..

Monday, 7 April 2014

::Ke Mana En Semangat Menghilang??::



Selamat hari Isnin semua..
Mungkin korang ingat Eira pun kena Morning Blues kan?
Bila baca tajuk entry kali ni..
Entah le..
Sejak akhir2 ni..
Eira macam tak de semangat je..
Bila datang keje..
Mungkin sebab suasana opis ni agaknya..
Masa Eira keje JPAM dulu..
Seronok je..
Walaupun tiap2 bulan hanya dapat elaun yang tak tetap..
Tapi bila dapat elaun tu..
Rasa berbaloi sangat rezeki tu (walaupun sikit)
Kat opis baru ni..
Keadaan sunyi je..
Tak de teman nak berbual..
Masing2 buat hal sendiri..
Dorang lebih suka lepak kat kedai mamak..
Bos lak kadang2 tak masuk langsung..
Walaupun Eira dapat gaji tetap..
Tapi dalam hati ni,
Ada rasa something..
Yang tak dapat nak diungkap..
Entahlah..
Dah mula rasa nak cari keje lain je..
Sebab keseronokan bekerja tu dah tak de langsung..
Waktu rehat pun tak menentu..
Sepatutnya waktu rehat Eira..
Dari kol 1 hingga kol 2 petang..
Tapi..
Elok2 kita tengah makan..
Bos lak datang..
Bagi keje suruh buat..
Terpaksa berhenti makan..
Bila nak makan balik..
Memang confirm ar tak lalu dah..
Sabtu lepas lak..
Sepatutnya Eira balik kol 12 tengahari..
Mak lak tak berapa sihat..
Seboleh-bolehnya Eira tak nak masuk keje ari tu..
Tapi mengenangkan yang hari sabtu Eira balik kol 12..
Eira gagahkan gak diri gi keje..
Alih-alih..
Eira dah start kereta nak balik..
Boleh pulak bos suruh gi siapkan keje dulu..
Pada hal..
Semalam dia cakap, dia akan siapkan keje tu..
Memang otak seminit tol!!
Sakit tol hati Eira time tu..
Terpaksa balik kol 2 petang..
Sian mak & ayah terpaksa berlapar sementara nak tunggu Eira balik..
Patutkah Eira berhenti kerja??
Apa pendapat korang erk??

Sunday, 30 March 2014

::Mengalah::



First of all..
Eira nak minta maaf..
Kalau korang rasa jemu..
Bila baca entry kali ni..
Ni sekadar luahan isi hati Eira..
Mengalah..
Orang selalu cakap..
Anak sulong kena banyak mengalah..
Tapi tak tau ar sampai bila nak mengalah kan..
Eira cuba sabarkan hati..
Tenang menghadapi hari2 yg mendatang..
Walaupun perit sangat..
Biarlah hati kecil ini menangis..
Kerana ku pasti..
Hari esok yg mendatang..
Pasti lebih baik..
Walaupun penat bila kita je asyik mengalah..
Terpaksa jaga hati orang lain..
Membiarkan hati sendiri terluka..
Bila luka makin dalam..
Kadang2 sampai tak mampu nak tanggung..
Terpaksa luahkan..
Walaupun hanya dengan pena..
Harap2 luka ini cepat sembuh..
Dan aku tak perlu mengalah lagi..

Wednesday, 12 March 2014

::Berhenti Berharap::



Dah macam tajuk lagu Sheila On 7 lak kan..
Sebenarnya..
Eira dah berhenti mengharap untuk dapat duit BR1M 2014
Sedih tol..
Family Eira yang lain semua dah dapat..
Eira sorang je tak dapat lagi..
Pada hal, Eira yang terawal kemaskini data..
Letak nombor akaun bank..
Tapi tak tahu lah kat mana silapnya..
Huhuhu..
Tahun lepas Eira dapat je duit BR1M..
Mungkin memang bukan rezeki Eira untuk tahun ni..
Kena ar terima dengan redha..
Walaupun pada hakikatnya..
Duit dalam poket cuma ada RM20..
Baki dalam bank pulak cuma ada RM100..
Harap2 dapat bertahan sampai hujung bulan ni..
Minyak kereta pun harus diisi gak..
Nak naik motor, mak pulak tak kasi..
Mak kata bahaya..
Mak lebih rela tengok anak mak naik kereta..
Mujur Eira dah jelaskan payment kereta untuk bulan ni..
Eira dah cuba call no LHDN tapi tak berangkat..
Mungkin de ramai gak yang hadapi masalah macam Eira..
Apa2 pun..
Eira memang dah berhenti berharap..
Kalau dapat, Alhamdulillah..
Kalau tak dapat, redha je lah..
Tapi..
Untuk semua sahabat..
Please Jangan Berhenti Berharap..
Teruskan berdoa..
Mudah-mudahan Pesawat MH370 akan ditemui kembali..
InshaAllah..
#DoaUntukMH370
#PrayForMH370

Sunday, 23 February 2014

::Berbuat Baik::



Selamat pagi semua..
Tajuk entry pagi ni..
Berbuat baik..
Kita buka saja kena buat baik dengan orang je..
Betul tak..
Dengan haiwan pun sama..
Tak salah kalau nak bela binatang macam kucing, ikan, burung..
Tapi..
Korang kena make sure la..
Penjagaan, pemakanan haiwan tu kena ar jaga..
Jangan tau bela je..
Tapi tak bagi makan..
Pas tu tak tak buat penjagaan..
Biarkan najis haiwan tu merata-rata..
Sampai mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan..
Ni terjadi pada Eira..
De jiran Eira yang bela kucing..
Tapi dia selalu tak de kat rumah..
So, Eira pun tak tau macam mana keadaan kucing dia..
Cuma, sejak dua, tiga hari ni..
Terdapat bau-bau yang kurang menyenangkan..
Sampai Ayah Eira hampir muntah..
Kesian jugak bila fikir macam mana ar keadaan kucing kat dalam rumah tu..

Pada Eira..
Eira belum bersedia nak pikul tanggungjawab bela haiwan2 ni..
Dulu, Eira pernah gak bela ikan puyu..
Tapi tak tau ar kenapa..
Ikan tu boleh mati pulak..
Huhuhu.. Sedih gak ar..
Masa duduk rumah Atuk lak..
Eira pernah tolong jaga kucing mak cik Eira..
Nama dia Mone..
Gambar sekadar hiasan
Mone mati kena langgar dengan kereta..
Eira tak sempat nak selamatkan dia..
Memang sedih sangat masa tu..
Sampai sekarang, Eira agak takut dengan kucing..
Dah macam fear factor lak..
Dengan binatang lain, Eira ok je..
me dan ular
Pic kat atas ni..
Pic lama sebenarnya..
Sorang pegawai nak kenakan Eira..
Dia ingat Eira takut dengan ular..
Tapi Eira buat rileks je..
Hehehe..
Rindu sebenarnnya nak main dengan ular lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa