::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday, 12 August 2021

::Pemeriksaan PUSPAKOM::


Alhamdulillah.. 
Lega rasanya dah settle satu kerja untuk tukar hakmilik kenderaan.
Kereta arwah ayah nak kena tukar nama. 
Baru je selesai langsaikan hutang kereta. 
Semalam dah pergi buat pemeriksaan kat PUSPAKOM Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 
Terima kasih buat semua abang-abang pemandu lori & van yang membantu semalam. 
Maklumlah, kita ni orang perempuan. 
Memang blur sikit bab-bab ni. 
Eira tabik dengan korang semua. 
Walaupun kita berbeza bangsa & agama, korang still nak bantu Eira & Mak semalam. 
Terharu sangat. 
Proses pemeriksaan semua berjalan dengan lancar. 
Setengah jam je, semua selesai. 

Yang tak bestnya.. 
Bila buka Group Whatsapp Komuniti pagi ni, dapat tau yang PUSPAKOM Teluk Kumbar ditutup mulai hari ni. 
Mujur dah sempat buat pemeriksaan semalam. 
Cuma, masa tidur semalam badan Eira rasa lenguh-lenguh. 
Bangun Subuh tadi, dah start selsema, sakit kepala & lenguh-lenguh badan.
Hopefully takdak apa-apa. 

Lastly nak ingatkan korang, jangan lupa scan MySejahtera @ tulis nama kat premis yang korang bertandang. 
Semalam masa pi PUSPAKOM tu, Eira perasan Eira sorang je yg scan MySejahtera. 
Please jaga diri & keluarga korang. 
Bersama kita putuskan rantaian Covid-19

1 comment:

  1. Alhamdulillah selesai urusannya.

    1 malaysia begitu. sangat tak lekang dengan sifat tolong menolong

    Alamak Mysejahtera kena lah scan selalu kalau masuk mana2 premis huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa