::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday 26 September 2013

::Tak Sempat Nak Update Blog::



Selamat petang semua..
Bz sungguh Eira minggu ni..
Semalam pergi dengar Ceramah Agama
"Yaasin Di Hatiku''
Memang bez sangat..
Pagi ni pulak...
Eira ada exam..
Memang agak stress..
Bila ada budak kat opis asyik nak bertanya je..
Pada hal Eira sendiri pun tak baca nota..
Dia pulak yg kalut semacam..
Eira & member sorang lagi..
Buat rileks je..
Kitorang siap bincang-bincang lagi..
(Nakal kan kitorang)
Apa-apa pun nak ucap good luck kat semua kawan-kawan
Yang amik exam ari ni...
Esok pulak..
Eira kena gi latihan selama 3 hari..
So...
Blog akan berhabuk lagi..
Harap maklum..
Hopefully next week dapat ar buat entry baru..
Hehehe
Doakan kejayaan Eira dalam exam & latihan esok..
See You Guys Soon...

Tuesday 24 September 2013

::GIVEAWAY KEYCHAIN NEMO by DEDEQ::



Selamat tengah hari semua..
Eira nak join GA ni..
Jom kita join ramai-ramai..
Kalau menang bez gak..

Monday 23 September 2013

::TagsTime# Favorite Songs by Salamah Ishak::



Petang ni agak boring sikit..
Lepas lunch..
Mata pun mula ar kuyu..
So..
Apa kata kita main tag favorite lagu dari Bonda Qalish 

Buat masa sekarang..
Lagu favorite Eira ialah...
Cinta dan Air Mata dari Bahrain..
Mesti ramai yang macam musykil sikit pasal lagu ni kan..
Sebenarnya..
Lagu ni merupakan OST Drama Asmara Luna..
Kalau korang yang selalu tonton drama ni..
Mesti tau lagu ni kan..
Jom kita layan sama-sama..


Sayu lagumu iring hati ku,
waktu berjalan hanya diriku ,
lirih bisikan mu,
lembut pelukanmu
hanya tinggal kenangan bagiku
Sepi menari menemani ku,
airmata tak henti rindu ku,
hanya ada aku,
tanpa diri mu,
kan ku simpan cinta ku untukmu
Biarkanlah ku jalani hidup tanpa ada cinta,
kerna cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu,
Biarkanlah ku jalani hidup tanpa ada cinta,
kerna cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
kau lah cinta dan airmataku
hanyalah dirimu
Aku cinta kepada dirimu
Aku cintamu
Biarkanlah ku jalani hidup tanpa ada cinta,
kerna cinta hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
hanyalah dirimu
Aku cintamu
Aku jatuh cinta padamu
Kaulah cinta terakhirku




::GA Love You Mr Arrogant::



Selamat hari Isnin semua..
Pagi ni..
Eira nak join GA dari blogger yg sama nama dengan Eira
Munirah Rahman
Hadiah menarik tau..
Novel Love You Mr Arrogant..
Kalau korang nak tau novel ni telah didramakan..
Dan akan menemui penonton bermula 25 September ni..
(Kalau tak salah Eira ar)
Pada yang nak join tu..
Jangan lupa klik banner kat bawah ni ok..

Friday 20 September 2013

::Jamuan Raya 2013 Di ALPHA Bangi::



Sebenarnya memang agak lewat Eira post entry ni..
Bukannya apa..
Idea untuk menulis entry ni asyik sangkut-sangkut je..
Macam kereta Ayah Eira yang rosak..
Hehehehe..
Akhirnya..
Terpost gak entry ni..
Meh kita baca sama-sama..

Kitorang kena gerak ke Bangi pada 4 September..

Ni pic sebelum naik bas..
Muka-muka excited..
Hehehe
Semua seronok naik bas..
Dengan driver yang sporting..
Layan citer Bikers Kental..

Kitorang sampai kat Putrajaya kol 4 petang..
Sempat lagi berposing sambil tunggu kunci untuk ke homestay..
Malam lak..
Kena siap-siap gi ALPHA Bangi untuk setting khemah..
Balik je homestay, terus tak sedarkan diri..
Memang letih..
Esok pagi-pagi nak kena bangun awal..
Bersiap sedia untuk menghias khemah..
Yang bestnya..
Masa gi sarapan..
Eira jumpa balik dengan Pegawai lama Eira..
Dah lama tak jumpa dia..

Posing dulu sebelum gerak..
Sesi menghias khemah bermula..


Tengah fikir nak hias apa lagi..

Melepaskan lelah



Gadis dan ketupat...

Antara menu-menu yang bakal disajikan buat para tetamu..
>>Char Koey Teow 
>> Rojak
>> Cmpedak Goreng
>>Bandung Cincau

Selepas berpenat lelah menyiapkan hiasan khemah..
Akhirnya dapat gak pakai baju raya...
Sempat gi kitorang berposing..
Meh layan gambar-gambar raya kitorang..



Suasana gerai di malam hari..





Menu-menu kitorang..




Photo
Dayang-dayang khemah..

Photo
 Kitorang menang...

p/s : Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi tag gambar saya.. Entry ni untuk korang..










Thursday 19 September 2013

::Orang Macam Ni Pun Ada::



Akhirnya..
Dapat gak curi2 masa buka blog..
Semalam langsung tak sempat nak update..
Pagi ni...
Sampai je opis, terus gi melawat tempat kawan Eira..
PC dia problem...
So Eira gi ar tolong apa yang patut..
Pastu..
Kitorang minta kebenaran bos pegi gym..
(baik tol kan kitorang..)

Dekat pukul 10 pagi..
Baru ar Eira masuk opis dan duduk tempat sendiri..
Tiba-tiba..
Member kat sebelah buka citer..
Ada sorang budak kat opis Eira ni..
Boleh pulak bagi tau kat bos..
Yang kitorang ni tak buat keje..
Duduk saja je kat opis..
Ya Allah...
Memang Eira rasa bengang sangat..
Ada gak erk orang macam ni..
Yang Eira tau..
Kitorang memang sibuk..
Banyak keje nak kena siapkan..
Jadi kitorang tak sempat nak tolong bantu kat bawah..
Bukannya saja-saja tak nak turun..
Memang terasa sangat..
Bila bos macam buat tak layan je kat kitorang..
Budak tu memang ar tak buat keje..
9 jam kat opis, asyik buka internet je..
Tak pun pegi sembang-sembang..
Bila kita bagi keje, buat salah pulak..
Sakit tol hati..
Stress..

Nak ilangkan stress..
Eira siap nyanyi lagu Bosan dari Stacy..
Aku bosan
Memang kena tol lirik lagu ni..
Kuakuakua...

*Entry luahan hati. Insyaallah akan terus bersabar dengan perangai orang cam gini. Moga Allah mempermudahkan segalanya.. Amin.

Tuesday 17 September 2013

::17 September 2013::



Selamat Pagi Dunia..
Ada lagi ke yang masih mengelamun kat atas katil..
Ke ada yang ingat hari ni hari Isnin..
Bila dah lama sangat cuti..
Mula ar rasa malas nak pegi keje, pegi sekolah, pegi kelas..
Betul tak??
Eira pun sama je macam korang..
Malas tol bila nak iron uniform semalam...
(Bukan tiap-tiap hari malas ke)
Hehehehe..
Cepat je kan masa berlalu..
Sekarang dah bulan September..
Umat Islam pun dah makin ramai berada di Makkah untuk menunaikan Fardhu Haji..
Semoga Jemaah Haji kita mendapat Haji yang Mabrur..
Insyaallah..
Ok..
Jom kita mula buat keje..
Bismillahirrahmanirrahim..

Monday 16 September 2013

::Selamat Hari Malaysia::



Sedar tak sedar dah 50 tahun usia Malaysia
Eira bangga menjadi Anak Malaysia..
Hidup dalam keadaan aman damai..
Dengan pelbagai kaum, bangsa dan budaya..
Tambahan pula, bila 16 September menjelma..
Kita akan bercuti..
Walaupun hanya sehari, tapi cukup bermakna..
Dapat hilangkan tension pasal kerja yang tak habis-habis..

Apa yang best kat Malaysia ni??
Yang pertama..
Malaysia merupakan negara yang paling banyak cuti..
Kedua..
Malaysia kaya dengan pelbagai makanan..
Macam-macam ada..
Ketiga..
Kat Malaysia ni banyak tempat-tempat menarik..
Tak yah gi bercuti ke luar negara..
Kat Malaysia pun dah cukup..

Sebelum Eira merepek lebih panjang lagi..
Eira nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Yang Ke- 50
Hargailah apa yang kita kecapi sekarang.

#SayaSayangMalaysia

Saturday 14 September 2013

::Tanda-tanda Terkena Sihir::



Hari ni..
Eira nak share dengan korang pasal Tanda-tanda yang korang akan alami jika terkena sihir.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi berada di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap-tiap pagi & petang selama sebulan,
InsyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Friday 13 September 2013

::Segmen Follow Me by Salamah Ishak::



Salam pagi Jumaat..
Penghulu segala hari..
Pagi ni Eira nak join segmen dari Bonda Qalish
Pada yang nak join tu..
Jangan segan-segan klik banner kat bawah ni ok..

Jom kita support each other..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa