::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday 30 January 2014

::Meaningful Birthday Giveaway By Yaya ::



Selamat pagi..
Selamat Hari Khamis..
Dah lama tak join Giveaway..
So pagi ni..
Eira nak luangkan masa join GA jap..
Pada yang nak join tu..
Boleh klik banner comey kat bawah..

Mana tau..
Kalau de rezeki boleh menang hadiah yang ditawarkan..

Wednesday 29 January 2014

::Terjatuh::



Selamat pagi semua..
Sedar tak sedar..
Hari ni dah hari Rabu..
Keadaan kesihatan Eira hari ni..
Kurang baik..
Kurang selesa..
Huhuhu..
Tak tahu ar salah kat mana..
Tetiba pagi semalam Eira boleh terjatuh kat dalam bilik..
Nasib baik muka tersembam atas tilam..
Tapi dagu berdarah sikit gak ar..
Mungkin kena tetoreh benda tajam..
Kaki dengan tangan lak jadi penahan..
Masa mula-mula kena tu..
Tak rasa sakit pun..
Bila bangun pagi ni..
Kesakitan tu memang tak tertanggung..
Tapi..
Eira masih lagi bertahan datang keje..
Sebab takut banyak keje tak sempat siap..
Nanti nak cuti Tahun Baru Cina pulak..
Harap2 kesakitan ni akan berkurang..
Kalau tak..
Kena ar minta halfday..
Huhuhu

Tuesday 28 January 2014

::Do'a Agar Calon Jodoh Kita Kian Tergerak Hatinya::



Ya ALLAH..
Tak jemu kami memohon kepada ENGKAU,
Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai
Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada kami..

Ya ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..

Ya ALLAH..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..

Ya ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..

Ya ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,Penuhi hatinya dengan
Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, 
Temanilah dia dalam sepinya..

Ya ALLAH..
Tiada tempat untuk kami
bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya.. 
Satukan hidup kami dan hidupnya dalam Cinta-MU..

Ya ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..

Ya ALLAH..
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..

Ya ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..

Saturday 25 January 2014

::24 Januari 2014::



Banyak peristiwa berlaku pada tarikh ni..
Pagi..
Kami sekeluarga meraikan ikatan perkahwinan adik Eira..
Mak & ayah pun gembira..
Meraikan menantu sulong pertama..
Alhamdulillah...
Majlis pagi tadi berjalan lancar..
Walaupun dalam keadaan sederhana..
Jam 1.45 petang..
Kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon dari cousin Eira..
Dalam keadaan menangis, dia bagi tau yang pak njang Eira dalam keadaan tak sedarkan diri..
Kami sekeluarga memang terkejut sangat..
Semua ingat pak njang Eira mungkin kurang gula..
Sebab tu dia jatuh pengsan..
Untuk kepastian, adik Eira cuba call cousin yg lain,.
Ya Allah..
Pak njang Eira dah dijemput menemui Illahi..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Kami sekeluarga terus bertolak ke rumah mak njang Eira kat permatang pauh..
Eira sempat gak tengok jenazah pak njang..
Memang Eira tak dapat membendung perasaan sedih..
Air mata mengalir deras di pipi..
Arwah memang seorang bapa saudara yg baik..
Sentiasa menceriakan suasana..
Arwah teringin sangat nak datang tengok majlis akad nikah adik Eira..
Tapi anak2 arwah tak bagi sebab takut arwah penat..
Memang ralat sangat bila arwah tak datang masa majlis pagi tadi..
Apa2 pun..
Eira hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat arwah pak njang Eira..
Mohamed bin Saari..
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin..

Thursday 16 January 2014

::Dah Hari Khamis::



Rasa cepat gak masa berlalu..
Sedar tak sedar..
Hari ni dah hari khamis..
Sejak kebelakangan ni..
Eira agak bz dengan rutin kerja seharian..
Jadi tak sempat nak update blog..
Pada blogger yang sudi jengah blog Eira..
Terima kasih bebanyak Eira ucapkan..
InsyaAllah..
Eira akan BW ke blog korang semua..
Walaupun lambat..
Eira tetap akan jengah blog korang..
Tak dapat nak berceloteh panjang..
Banyak keje menanti..
Jumpa lagi di next entry..
InsyaAllah..

Sunday 12 January 2014

::Segmen : Bloglist dan blogwalking by Miss Fairytale::



Terjumpa segmen ni..
Comey sangat banner dia..
Bersemangat nak join..
Pada yg nak join tu..
Boleh klik banner kat bawah ni..

::Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan::




Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Saturday 11 January 2014

::11 Januari 2014::



Selamat hari sabtu..
Hari ni Eira kena keje..
Dulu masa kat opis lama..
Ari sabtu jarang dapat keje..
Sekarang..
Tiap2 ari sabtu kena keje..
Huhuhu..
Sambil2 wat keje ni..
Sempat gak Eira jengah blog..
Sedar tak sedar..
Ari ni dah 11 Januari..
Selamat hari lahir Eira ucapkan buat..
Penyanyi No.1 Negara..
Datuk Siti Nurhaliza & kawan baik Eira kat kolej..
Nur Hidayati..
Semoga kalian berdua lebih sukses di tahun 2014..
Dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Dan rezeki yang melimpah ruah..
InsyaAllah..
Buat keje sambil layan lagu ni..
11 Januari..
Dari kumpulan Gigi

Wednesday 8 January 2014

::Ayah Pun Layan Gak::



Selamat Hari Rabu..
Semalam sempat gak layan Masterchef All Star..
Sedih gak tengok Raja Azmi terkeluar..
Masakan dia Eira tengok menarik je..
Dulu jarang tengok Masterchef..
Tapi sebab ayah memang peminat setia rancangan ni..
Eira pun layan gak ar..
Habis je Masterchef..
Eira tengok, ayah terus tukar channel 133 (Astro Bella)
Ayah pun layan gak Bukan Kerana Aku Tak Cinta..
Ni Semua gara Si Jebat..
Ayah siap cakap..
Pandai betul Si Jebat aka Shaarnaz Ahmad berbahasa Hokkien..
Ayah Eira memang boleh berbahasa Hokkien..
Tapi Ayah tak nak ajar kitorang..
Dia suruh belajar sendiri..
Huhuhu..
Yang kelakarnya..
Ayah siap tanya gi..
Novel citer ni dah beli ke??
Nampaknya ayah saya sudah jatuh cinta dengan Drama ni..
So, kitorang boleh ar layan citer ni..
Kalau tak..
Confirm asyik tengok citer P. Ramlee je..
Hehehe

Monday 6 January 2014

::6 Januari 2014::



Isnin datang lagi..
Eira sebenarnya suka bila hari Isnin..
Sebab Idola Eira dilahirkan pada hari Isnin yang mulia..
Nabi Muhammad SAW..
Tapi hari ni..
Eira memang stress & tension dengan sikap rakan2 sekerja..
Kebanyakan dorang wat tak tau je..
Bila Eira bagi arahan..
Nak sedapkan hati sendiri..
Eira anggap dorang ni tak boleh terima arahan staff baru macam Eira..
Maklumlah dorang lagi lama kerja daripada Eira..
Pada hal Eira cuma sampaikan arahan daripada bos..
Kira Eira ni macam orang tengah ar..
Sebenarnya dah lama Eira tahan sabra dengan dorang ni..
Eira memang geram sangat dengan I (bukan nama sebenar)..
28 Disember 2013..
Dia nak ambil kain (company) kat dobi..
RM4 je pun..
Dia minta petty cash kat Eira..
Bos lak memang tak pernah bagi Eira pegang petty cash..
Dia paksa Eira guna duit sendiri dulu..
Nanti claim kat bos..
Eira mula2 memang tak nak bagi..
Sebab duit Eira memang tinggal RM10 je..
Nak wat belanja makan sebelum dapat gaji..
Tapi dia terus dtg tgk purse Eira..
Sambil cakap..
"Tu ada RM10"
Eira bagi tau tu je duit yg Eira ada..
Dia terus amik duit RM10 Eira tu..
Nampak macam peras ugut kan..
Sepatutnya dia kena bagi baki kat Eira RM6..
Tapi haram..
Langsung tak bagi..
Eira memang bengang sangat masa tu..
Terus mesej kat bos..
Bos cakap, nanti dia bayar balik duit Eira tu..
Dengan tebal muka, Eira terpaksa pinjam duit ayah RM20
Untuk buat belanja..
Huhuhu..
Dalam hati, Eira memang tak halalkan duit yg Si I tu ambil..
Hari Jumaat lepas lak, Bos Eira suruh Si M (bukan nama sebenar)
Gi poskan surat urgent guna pos laju..
Sebelum pukul 3 petang..
Eira bagi surat tu kat tangan M pukul 12 tengahari..
Tapi..
Dia boleh buat2 bz main game sampai pukul 1.15 petang..
Pas tu dia kata nak gi Solat Jumaat sambil poskan surat tu..
Lepas solat jumaat, dia kena gi wat keje luar..
Then, malam tu dia call Eira..
Dia cakap tak sempat nak poskan surat..
Ya Allah..
Geramnya Eira masa tu..
Memang dorang ni jenis suka lengah2kan keje..
Tak pun dorang ni memang jenis org yg tak bertanggungjawab..
Tension je rase..
Nak pos hari sabtu dah pejabat pos tak buka..
Pagi ari isnin..
Sampai je office,
Eira terus call Si M..
Suruh dia datang office poskan surat tu..
Dia leh cakap..
"Kak, saya baru bangun tido ni. Sebelum kol 3 ptg saya sampai.."
Eira terus letak gagang..
Menitis air mata..
Dugaan apa pulak ni..
Dah ar surat tu urgent..
Eira takut tak sempat sampai je..
Tengah2 kusut..
Tetiba salah sorang staff F (bukan nama sebenar) sampai..
Dia dengan baik hati tolong Eira gi pos surat..
Alhamdulillah..
Selesai satu masalah..
Rasa tenang jap..

Sunday 5 January 2014

::Happy Bitrhday Anna::



Hari ni merupakan hari lahir blogger Anna Mariana
Yang merupakan sahabat baik Eira..
Anna baru habis latihan..
So sekarang ni mungkin dalam perjalanan balik ke Penang..
Hope to see u soon..
Rindu giler kat Anna ni sebenarnya..
Dah lama tak bersua muka..
Pa tu dah lama lak tak bermesej..
Sebab masa latihan tak leh guna HP..
So..
Dikesempatan ini..
Eira nak ucapkan Selamat Hari Lahir..
Semoga dimurahkan rezeki, bertambah sukses di tahun baru..
Insyaallah..
Sori sangat2..
Budget kurang, tak dapat nak kasi hadiah..
Harap2 Anna ingat gi pic kita kat bawah ni..



::CPUV Disember 2013 Yang Masih On Going::



Eira sedar..
Sejak kebelakangan ni..
Eira jarang update entry..
Dan atas sebab tu gak ar..
Jumlah pengunjung kat blog memang down sangat..
Huhuhu..
En. Nuffnang pun dah jarang bagi CPUV baru..
Sedey sangat2..
Tapi nak wat cam ne kan..
Memang salah Eira gak..
Sebab jarang update blog..
Apa2 pun..
Terima kasih ye En. Nuffnang
Sebab bagi CPUV ni..


::Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014::



Selamat tengahari semua..
Memandangkan hari ni Eira cuti..
Eira nak join segmen dari Syira Lokman
Pada blogger yg nak join..
Boleh klik banner kat bawah ni k..


Harap2 blog Eira tersenarai dalam bloglist Syira..

Friday 3 January 2014

::Alhamdulillah::



Salam Jumaat semua..
Entry pertama di tahun 2014..
Rasanya belum terlewat kot..
Eira nak ucap Selamat Tahun Baru..
Untuk pengunjung2 yg sudi singgah ke blog Eira..
Alhamdulillah..
Kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di Pagi Jumaat..
Jumaat pertama di tahun 2014..
Semalam Eira dapat perkhabaran gembira dari bos Eira..
Alhamdulillah..
Eira dah confirm sebagai salah seorang staff kat sini..
Gaji pun dah naik sikit..
Syukur sangat-sangat..
Insyaallah..
Lepas ni Eira bekerja dengan lebih tekun lagi..
Tak dapat nak menulis panjang..
Ni pun curi2 masa sambil wat keje..
Hehehe..
Jumpa lagi di next entry..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa