::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday 27 February 2009

~Penat~

Assalamualaikum...
Agak lama gak eira x update n masuk blog sendiri
hehehe
memang bz tol skrg ni..
Keje semakin bertambah..
S2dent pon bertambah ramai..
Alhamdulillah..
Tapi penat ckit..
Setiap ari sibuk mengajar..
Semalam..
Tok sedara Eira..
yg Eira panggil Tok Unggai..
Telah kembali ke Rahmatullah..
Dan jenazahnya telah selamat dikebumikan..
Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang yg Soleh..
Amin..

Ari ni..
Eira dapat 3 orang s2dent baru..
Semua nak mulakan kelas esok..
Memag bz ar esok..
Huhuhu
Dah le keseorangan..
The only Girl in Office..
Nasib baik x kena buli..
Sampai Eira rase rapat sgt..
ngan Amir n Wan..
U Guys memang bez..
Hopefully..
Sesi pengajaran esok akan berjalan dengan lancar..
Insyaallah..

Tuesday 10 February 2009

~Apa Itu Valentine~

Saban Tahun Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day disambut oleh sebilangan besar umat manusia di muka bumi ini.


Eira baru je baca kisah tentang Valentine's Day ni dari Majalah Mastika keluaran Februari 2009..


Jom kita tengok beberapa Fakta menarik mengenai Valentine's Day ni..


  • Dianggarkan satu bilion kad Valentine dikirim di seluruh dunia setiap tahun.
    Tanpa di sedari Valentines Day merupakan perayaan kedua tertinggi bagi pengiriman kad perayaan selepas Krismas
  • Kira-kira 85% Kad Valentine dibeli oleh Kaum Wanita
  • Dianggarkan sekurang-kurangnya 110 Juta kuntuman Ros , kebanyakan ros Merah dijual pada Hari Valentine
  • Kajian mendapati, 73% pembeli bunga sempena Valentine's Day adalah lelaki
  • Dianggarkan 3% daripada individu yang memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka sebagai hadiah Valentine
  • Alexander Graham Bell telah memfailkan patern pertama telfon beliau pada 14 Februari 1876
  • Warna tema bagi Hari Valentine ialah Merah, Merah Jambu dan Putih. Merah Jambu melambangkan Kehalusan. Merah pula simbol Kehangatan, Perasaan dan Hati (Cinta). Putih pula melambangkan ketulenan dan kepercayaan iaitu 2 hati yang saling mempercayai
  • Bilangan Kuntum Bunga Ros bagi setiap jambak juga diambil kira. Sekuntum bermaksud "Kau satu-satunya kekasihku". 11 kuntum bermaksud "Kau kesukaanku". 99 kuntum pula membawa maksud "Cintakan awak untuk selamanya". 1008 kuntum, "Kahwini aku"


    Dari mana sebenarnya muncul Hari Valentine ni??
    Pendapat 1 ~ Perkataan Valentine diambil sempena nama seorang Paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu, Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan Kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masehi.

    Pendapat 2 ~ Berasal daripada Pesta sambutan kaum Rome Kuno yang dipanggil Lupercalia. Lupercalia adalah upacara menyucikan diri yang diadakan pada 14 februari. pada hari itu, merekan menyembah Dewi Cinta iaitu Juno Februata. Pada sebelah malamnya, nama gadis2 akan diletakkan di dalam bekas. Kemudian, setiap pemuda akan mencabut nama gadis secara rawak. Gadis itu akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.

    Pendapat 3 ~ Dikaitkan dengan kematian Paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rome yang bernama Claudius II. St. Valentine telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana melanggar perintah Raja untuk membatalkan semua perkahwinan keraan rome terlibat dalam peperangan. Semasa di penjara, St. Valentine telah jatuh hati dengan anak salah seorang pegawai. Sebelum dibunh, beliau sempat menulis sepucuk surat yang bertandatangan "From your Valentine"

    Pendapat 4 ~ Diambil dari nama seorang Paderi, St. Valentine semasa pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol. St. Valentine dihukum penjara kerana keinginannya untuk berkahwi dengan pasangannya dari pengamal Protestan. ratu Isabella kemudian menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine.

    Apa pula pendapat kita sebagai Umat Islam??
    Wajarkah kita meraikan Hari Valentine ni??
    Bagi eira..
    Tak perlu ade Hari kekasih..
    Jika kita mencintai seseorang..
    Cintailah dia kerana Allah..
    Pasti hubungan cinta itu akan diberkati..

Saturday 7 February 2009

BZ Memanjang

Assalamualaikum w.b.t.
Agak lama rasenya eira x update blog ni..
Bz tol skrg ni..
S2dent semakin bertambah..
Keje pon makin bertambah lah..
Memang pening n tensen fikir pasal s2dent ni..
Bermacam-macam kerenah dapat dilihat..
Tapi..
Kerja mesti diteruskan..
Ini je lah sumber rezeki Eira sekarang..

Nak bantu family..
Kereta ayah kena dibaiki..
Rumah lagi..
Bayaran pinjaman PTPTN..
Aduyai..
Banyak lak bil yg nk kena settlekan..
Semoga segala-galanya dapat dibayar..
Hopefully semua masalah dan keje dapat diselesaikan dengan sempurna..
Insyaallah...
Macam-macam nak kena fikir sekarang..
Kesihatan mak n ayah perlu dijaga..
Kalau bleh..
Eira x mau ayah n mak niaga dah..
Tapi..
Nak wat cam ne..
Sumber kewangan masih x mencukupi..
Terpaksalah melupakan hasrat untuk menyambung pengajian buat sementara waktu..
Keluarga perlu diutamakan..
Hopefully kehidupan Eira n keluarga bertambah baik..
Insyaallah...

Sunday 1 February 2009

~Tentang Seseorang 2~

Assalamualaikum...
Untuk catatan kali ni..
Eira nak sambung Rahsia Personaliti seseorang lagi..
Jom bermula..
Rahsia di sebalik tarikh lahir..
Bagi mereka yang lahir pada..
7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan..
Anda adalah pemegang no. 7..
ciri-cirinya adalah..

~mempunyai daya tarikan kpd sesiapa sahaja~
~seorang yg realistic, yakin dan gembira~
~seorang yg genius dlm bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian~
~mempunyai masalah sikap iaitu panas baran~
~byk melakukan pengorbanan utk keluarga~
~meletakkan keluarga di tempat yg tinggi.sekali sehingga kadang2 mengabaikan kebahagiaan diri sendiri~
~dilahirkan utk memberi sumbangan kpd dunia ini~

Aisey...
Banyak gak persamaan ni..

Eira...
~daya tarikan yg mcm mana erk..(fikir2)~
~yap..keyakinan penting dlm kehidupan ini..gembiralah selalu..~
~hmmm..geniuslah sgt..hehehehe~
~tengah berusaha membendung sikap buruk ini..Insyaallah..~
~ye..~
~Family 1st..pas tu br fikir psl diri sendiri..~
~Insyaallah..selagi sumbangan ini diperlukan..eira akan terus menyumbang..~
Ni ade lagi satu..
Rahsia personaliti melalui tarikh lahir..
selepas dicampur..
eira dapat no. 2..
jom kita tengok..
ade persamaan ke tak..

No. 2 ni dikaitkan sebagai PENDAMAI..

- Dilahirkan sebagai diplomat.
~hmm..no komen..~

- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
~ Yap..ni memang sikap eira..selalu fikir pasal org lain..sehingga mengabaikan perasaan sendiri..~
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
~Yap..eira percaya dengan gerak hati eira..~
- Mereka tidak suka bersendirian.
~Yap..eira gemar bersahabat..~

-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
~Persahabatan memang penting..~

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
~Pemalu ke??(yang ni x brapa tepat sgt..tapi sikap malu perlu ade pd setiap perempuan.. takkan perigi nak cari timba kot..hehehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa