::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday 20 November 2009

30 perkara tentang wanita

Jom sama-sama tengok 30 perkara tentang wanita..
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Ramai lelaki cakap, perempuan ni sukar dimengerti..
Aku juga tergolong dalam golongan diatas..
Susah ke lelaki nak paham aku??
Pelik2..

Tuesday 10 November 2009

~BTLS Baling..

Agak lama gak menyepi..
Bz tol sekarang ni..
Ditambah lak dengan kesihatan yg x brapa nk ok..
huhuhu..
21hb...
kena lak gi kursus BTLS kt baling..
dah ar eira sorang je pompuan..
wakil georgetown..
sedey tol..
nasib baik ade shira n atikah yg teman..
kalu x mmg boring ar perjalanan ke baling 2..
thanx guys..
sbb byk membantu..
First time menjejakkan kaki ke PULAPA Baling..
Cantik gak tempat dia..
Bekas tapak Hospital dulu..
Byk tol citer2 yg x brapa enak didengar..
Terpaksa ar pekakkan telinga..
janji kita dh setting niat yg betul..
dtg situ utk bljr..
bkn nak main2..
Eira dok sebilik dengan kengkawan dr unit kuala krai klante..
kak long n e-ka memang bez...
Alhamdulillah pembelajaran sepanjang kursus berjalan lancar..
Dapat lak ramai kawan2 baru..
Cuma ade satu insiden berlaku..

Insiden ni terjadi pada mlm sblm tamat kursus..
Eira kena kacau kat Kolam air panas..
Memang nampak real sgt..
sampai sukar nak kawal pemikiran time tu..
Alhamdulillah..
Nasib baik x de perkara buruk berlaku
Kepada sesiapa yg kena mrh mlm tu..
sori sesangat erk..
Apa2 pun..
Nak ucapkan jutaan terima kasih kat Tuan Shah, Cik Intan n En. Shaiful..
Coz sudi berkongsi pengalaman n pengajaran..
Thanx gak 2 Teh n Phuah yg selalu belanja mkn..
Abang Mas n abg Zubir yg eira dah anggap mcm abang sendiri..
Korang sume mmg bez giler..
Hopefully..
Kita akan berjumpa lagi di kursus akan datang..
Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa