::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Friday, 21 July 2017

::Tips Menghadiri Rumah Terbuka::



Morning uolss..
Salam Jumaat..
Masih dalam mood raya lagi ke tu?
Semakin Syawal menghampiri penghujungnya, makin ramai yang buat rumah terbuka dan jamuan raya.
Eira pun semalam de jamuan raya kat office lama.
Hari ni pulak nak pi jamuan raya APM kat Seremban.
Hari ni Eira nak share dengan korang tips yang Eira guna bila nak pi rumah terbuka..
Jom kita menelaah.

Tips Ke Rumah Terbuka
Jom gi beraya

1. Bawa air masak sendiri

Kalau korang nak kurus, kena ar minum air masak banyak-banyak. Masa awal-awal dulu, ramai yang mencebik sebab Eira bawa air.

Besar tak botol air akak 😉
Sekarang, semua diam membisu, bila tengok akak dah kurus.

2. Parking kenderaan jauh sikit.
Ni tips kedua.. Bila pi rumah or tempat jamuan tu, letaklah kenderaan korang tu jauh sikit.
Lagi jauh lagi bagus

Rajin-rajinkan diri bergerak. Jangan malas sangat. Kalau korang malas, jangan mimpilah badan korang yang bambam tu nak kurus. Hehehe..

3. Makan sikit-sikit
Ni pun penting gak. Tak salah korang nak makan semua juadah. Tapi, berpada-pada ar. Kalau boleh, ambil juadah dalam kuantiti yang sikit. Baru ar dapat makan semua juadah. Kalau juadah tu banyak, share je dengan kengkawan dan sedara korang. Baru ar lagi berselera korang makan. Sharing is caring uols..
Belanja pic semalam. Kami kurus berjemaah

Ok, tu je tips yang Eira amalkan.
Selamat mencuba.
Jom kita kurus berjemaah.

2 comments:

  1. air masak tu memang penting..akak pun selalu standby dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus akak. Jom kita jaga kesihatan 😊

      Delete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa