::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday 10 July 2017

::Throwback ~ Beraya Kat Kampung Orang::



Morning uolss..
De yang Monday Blues ke pagi ni??
Almaklumlah masih dalam mood open house.
Seronoknya tengok orang yang ada kampung.
Bila de cuti, mesti kalut nak balik kampung.
Especially time hari raya.
Eira tak dapat merasai nikmatnya beraya di kampung.
Sebab cheq tak dak kampung uols.
Ada pun, kat Penang gak.
Jarak dekat lak tu..
Memang tak rasa balik kampung pun.

So, tahun ni kami sekeluarga tekad nak pi beraya luar dari Penang (tak balik KL tahun ni 😭)
Menuju ke rumah Cik Anem di Bagan Datuk.
Maka, pada tanggal 1.7.17 (cantikkan tarikh ni) berangkatlah kami sekeluarga ke teratak beliau.

Dapat gak le merasa suasana balik kampung.
Tengok sawah padi, ladang getah & ladang kelapa sawit.

Tengok kemeriahan orang yang berhenti rehat kat R&R.
Macam-macam ragam manusia.



Akhirnya, selepas 5 jam perjalanan sampai gak kami.
Terima kasih atas layanan dari keluarga Cik Anem.
Seronok dapat merasai suasana hari raya kat negeri orang.

Then, kitorang terus gerak ke Seri Manjung.
Ziarah ke rumah Mak Teh & seterusnya bermalam kat Hotel Sun In.
Best gak hotel ni, bilik pun besar.
Cuma kalau nak iron baju, kena iron kat luar.
Penat akak uolss.
Belanja satu gambar kat bilik hotel.
Akhirnya, dapat gak merasa beraya di kampung.








No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa