::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday 20 September 2008

Sejarah Lailatul-Qadar

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahun yang akan datang.

Menurut Riwayat Ibnu Abbas r.a..
Pada suatu ketika Malaikat Jibril menceritakan kpd Nabi Muhammad S.A.W. kisah seorang lelaki pd Zaman Bani Israil yg berjuang fisabilillah terus menerus selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.Pada malam hari lelaki itu akan mengerjakan ibadah dgn tekun & pd siang hari dia berjuang melawan musuh yg merosakkan agamanya.

Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kpd para Sahabatnya. Mereka semua merasa kagum & terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat & keinginan agar Umatnya dpt pula memiliki nilai yg demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kpd allah S.W.T.
" Ya Tuhanku! Telah Engkau ciptakan umatku pendek2 umurnya & sedikit amalnya."
Sebagai jawapan atas munajat Rasulullah itu, maka Malaikat Jibril diperintahkan Allah menyampaikan Wahyu yg tersimpul dlm Surah Al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud: 

 “Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing“.

Pada ayat tersebut diterangkan bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kpd Umat Muhammad 1 malam yg istimewa, yg penuh keberkatan. Keistimewaan itu ialah, apabila umat Muhammad mengerjakan ibadah pd malam itu, maka pahalanya serupa dgn pahala beribadah selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa