::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday 31 August 2015

::5 Filem Wajib Tonton Di Bulan Kemerdekaan::

Bila tiba bulan kemerdekaan, Eira pasti ternanti-nanti filem-filem yang bakal ditayangkan.
Ini antara filem-filem yang wajib Eira tonton:-

1. Bukit Kepong
Filem keluaran Jins Shamsudin Production diterbitkan pada tahun 1981. Mengisahkan tentang serangan komunis semasa keadaan darurat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2. Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Seramai 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Antara pelakon-pelakon hebat yang menjayakan filem ini ialah Tan Sri Jins Shamsudin, A. Rahim, Hussein Abu Hassan dan Yusof Haslam.

"Kami orang-orang Polis tidak akan menyerah diri. Biar kami mati di sini. Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami" - Sarjan Jamil

Kata-kata keramat ini patut kita sematkan di jiwa.

2. Leftenan Adnan
Filem hebat lakonan Hairie Othman dan Umie Aida. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2000. Mengisahkan tentang perjuangan Leftenan Adnan Saidi menentang pihak Jepun di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura. Pertempuran itu menyaksikan gugurnya Perwira Melayu yang amat digeruni pihak musuh.


3. 1957 Hati Malaya
Filem arahan Shuhaimi Baba ini ditayangkan sempena Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-50. Mengisahkan Hali (Rusdi Ramli, Salmi (Maya Karin), Rafik (Adlin Aman Ramlie), Ani (Sharifah Amani) dan Ang Lee (Douglas Lim), mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 - Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan - rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri.

Turut dimuatkan ialah pengorbanan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

4. Tanda Putera
Sebuah lagi filem arahan Shuhaimi Baba.  Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. 

Walaupun dipalit dengan kontroversi, namun pada Eira nilai persahabatan yang ditonjolkan patut dicontohi oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan darjat.

5. Sarjan Hassan
Filem arahan P. Ramlee ni pasti akan ditayangkan setiap kali tiba bulan kemerdekaan. Bekisar tentang Hassan, seorang anak yatim piatu yang ingin memasuki Rejimen Askar Melayu tetapi dihalang oleh ayah angkatnya.

Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.

Apabila Jepun menyerang Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya menentang mereka dengan gagah dan berani sekali.

Ini antara filem-filem kegemaran Eira. Korang lak macam mana?
Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun. Jangan biarkan negara kita dijajah lagi. Salam #SehatiSejiwa

logo-merdeka

6 comments:

  1. semua cerita ni memang selalu ada kat tv dalam bulan merdeka :)

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
  2. tanda putera tu rasa cerita baru kan.. kak yoorin dulu layan cerita leftanan adnan ..waktu tu takde dvd cd lagi. masih pakai tape hitam... best sangat cerita tu

    ReplyDelete
  3. lepas tgk sarjan hasan 2 3 hari lps

    ReplyDelete
  4. ermmm sedap cita2 lama nie hu3..... daripada cerita baru yg merepek je hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..
      Eira nak tayangan semula filem Bukit Kepong

      Delete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa