::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Friday, 19 September 2008

Rahsia 7 Perkara Di Sisi Allah S.W.T.

Maha Suci Allah yg menjadikan langit & bumi penuh dengan rahsia & ilmu yg boleh dijadikan sebagai panduan bagi orang2 yg mahu berfikir.Ketahuilah Zat Pencipta Yang Maha Besar yg telah menghias 7 Perkara & menghiasi 7 perkara dgn 7 perkara yg lain..
Renungilah Pantun Berikut...

Dalam Seminggu 7 hari
Berbagai nikmat telah diberi
Cubalah lihat, renung & kaji
Agar faham & tahu mensyukuri

Hari Ahad yg kita cuti
Hari dicipta Bintang & Bumi
7 Lautan & 7 Api
7 Neraka yg telah Pasti

Hari Isnin juga diseri
Lahir Rasulullah S.A.W. Penghulu Nabi
Hari JIbrail turun menemui
Membawa Wahyu Rabbul Izzati

Betapa pula di hari Selasa
Wafatnya Nabi Zakaria & Nabi Yahya
Meninggal Habil Putera aadam A.S. tercinta
Juga Asiah isteri Fir'aun Durjana

Hari Rabu hari kehancuran
Qarun, Fir'aun & Namruz bin Kan'an
Kaum Hud, Kaum Salleh A.S. sekalian
Sebagai Tanda murkaNya Tuhan

Hari Khamis ramai berhijrah
Masuk Rasulullah S.A.W. ke Kota Makkah
Nabi Ya'akub A.S. juga Musa Nabi Allah
Datang ke Mesir menyambung dakwah

Hari Jumaat pernikahan Adam & Hawa
Nabi Yusuf A.S. ddengan Zulaikha
Saiyidina Ali dgn Fatimah wanita mulia
Juga Nabi Sulaiman dgn Ratu Balqis yg kaya

Hari Sabtu berlakunya tipu daya
Kaum Nuh kepada Nabinya
Tipu dya Fir'aun kpd Musa
Juga Yahudi kepada Isa
Mungkin peringatan kpd kita
Agar lebih waspada urusan dunia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa