::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday, 18 March 2016

::Gunting Rambut::

Assalamualaikum..
Throwback semalam punya cerita.
Eira gi teman ayah gunting rambut.

Selalunya Eira just tinggal ayah kat depan kedai gunting rambut.
Tetapi memandangkan sekarang ayah tak berapa sihat macam dulu, Eira kena ar temankan ayah sampai dalam kedai.
Ni 1st time Eira masuk kedai gunting rambut mamak.
Mula-mula jejak kaki kat dalam kedai, nampak sangat tukang gunting rambut dan pelanggan-pelanggan kat situ terkejut.
Ye lah, tetiba de anak gadis masuk kedai.
Ramai gak ar pelanggan semalam.
Terpaksa ar menunggu.
Sambil tunggu, sambil layan citer Laksamana Do Re Mi.
Pandai kan dorang tarik pelanggan.
Pasang video-video citer P. Ramlee.
Ayah Eira ni jenis tak suka rambut panjang.
Pada hal, Eira nampak pendek je.
Baru je 3 hari lepas Eira cukur rambut ayah.
Tapi biasa ar, kalau tak de kepandaian memang nampak buruk ar.
Ayah pun apa lagi, tak berhenti asyik complain je.
Bila tengok mamak tu cukur rambut, wah memang laju uols.
Kejap je dah botak.
Keluar dari kedai gunting rambut tu, ramai gak ar yang pandang semacam.
For me, Eira langsung tak de perasaan malu.
Yang penting, ayah happy

~kalau nak tengok koleksi baju kurung & blouse yang Eira jual, jemput ar ke fb Eira ye~

::Salam Takziah::

Assalamualaikum..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Perginya seorang lagi permata tanah air.
Seorang komposer yang melahirkan lagu-lagu yang terbaik.
Salam takziah buat keluarga Datuk Adnan Abu Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (icu) akibat serangan angin ahmar dan kegagalan fungsi buah pinggang.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sumber dari Astro Awani, Era fm & @officialhlive

Thursday, 17 March 2016

::Hinakah Aku??::

Assalamualaikum..
Agak lama tidak mencoret.
Firstly, Eira nak minta maaf andai entry ini mengguris perasaan sesiapa.
Tidak terniat di hati ini untuk menyakiti hati orang.
Ini sekadar luahan hati kecil ini.

Eira terpaksa berhenti kerja.
Untuk menjaga ayah yang uzur.
Ramai yang tak faham.
Mereka fikir Eira sengaja berhenti.
Pada hal, Eira memang dah lama fikir. Daripada bekerja tapi keluarga terabai, lebih baik berhenti.
Mak Eira pun bukannya sihat sangat.
Susah untuk dia hantar ayah bila ada appointment kat hospital.
So, sebagai anak sulong, itu dah jadi tanggungjawab Eira.

Kadang-kadang terfikir gak.
Hina sangatkah Eira kalau tak bekerja?
Tak berduit?
Orang langsung tak pandang, walaupun sekadar sebelah mata.
Dulu, waktu kita berduit, ramai nak mengaku kawan, mengaku saudara.
Tapi sekarang, semuanya hilang berlalu pergi.
Rupa-rupanya duit telah membutakan mata mereka.
Sehingga keluarga sendiri pun menjauhi.
Pada Eira biar tak berduit, asal ilmu ada di dada.
Duit & harta tak boleh dibawa mati.
Hanya ilmu yang bermanfaat saja yang dapat membantu kita bila bertemu Sang Pencipta nanti.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Ingat jangan pandang hina pada orang yang tak berharta kerana mungkin mereka lebih mulia daripada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa