::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday 18 September 2015

::Eksperimen Cinta::

Assalamualaikum
Eira pasti ramai yang dah tonton drama ni.
Kat TV3 kan?
Lakonan hebat Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda
Eira baru berkesempatan nak baca novel ni.

Sinopsis:-
Damia Farisha seorang jurutera, ditugaskan sebagai wakil kepada Raffi Holdings untuk berurusan dengan Triumph Air. Salah satu syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang gah di Malaysia. Tanpa diduga, pertemuan pertama Damia dan Tengku Aaron telah menjerat dirinya untuk menjadi bakal isteri kepada CEO Triumph Air.
Demi syarikatnya, Damia terpaksa menerima lamaran tersebut walaupun dia hanya mengenali Tengku Aaron tidak sampai dua jam. Mampukah Damia bertahan dengan atau Tengku Aaron terjerat dengan eksperimen cintanya sendiri?


Sure korang dah tau kesudahannya kan??
Pada yang belum baca tu..
Korang patut baca novel ni. Sebab gaya penceritaannya menarik. Dengan sikap Damia yang polos. Novel ni penuh dengan elemen persahabatan (Tengku Aaron dan Adam) dan kekeluargaan.

Selamat membaca!!

3 comments:

  1. seronok tgk Eksperimen Cinta ni... saya suka tgk izreen berlakon... rasa menjadi je semua watak yang dilakonkan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa