::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday 12 June 2015

::Review Novel ~ Setiap Detik Nafasku::

Assalamualaikum..
Hari ni...
Eira nak review novel..
Setiap Detik Nafasku..
Hasil karya Dhiya Zafira..

Dzar Talha..
Bergelar seorang banduan..
Selama 7 tahun dia terjerat di tirai  besi..
Atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan..
Dia dituduh membunuh seorang lelaki..
Yang telah merogol Diana, adiknya sendiri..
Hukuman penjara seumur hidup harus ditempuhi..
Dia rela berada di penjara..
Tanpa pelawat..
Namun..
Takdir berpihak pada Dzar..
Dia akhirnya dibebaskan atas pengampunan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG..
Selepas dibebaskan..
Dzar membawa diri ke Pulau Perhentian..
Dia ditawarkan untuk bekerja di Bella Rosa II..
Resort kepunyaan sahabat baiknya, Izz Karami..

Azra Qairina @ Ara..
Hidupnya diatur oleh ibu tirinya..
Dia dipaksa berkhawin dengan Izhar..
Dalam diam, dia telah ditunangkan..
Ara mengambil keputusan untuk becuti di Pulau Perhentian..
Melarikan diri dari masalah yang dihadapinya..

Di Pulau Perhentian..
Mereka bertemu..

Tidak terduga..
Bibit-bibit cinta mula hadir..
Dapatkah dua jiwa ini bersatu?
Siapakah dalang yang menyebabkan Dzar menjadi banduan??
Kalau korang nak tau..
Jangan lupa baca novel ni k..

Komen Eira:-
Novel ni sangat menarik..
Bila Eira baca bab yang ada Pulau Perhentian tu..
Rasa macam betul2 ada kat pulau..
Unsur kekeluargaan dan persahabatan begitu menebal..
Novel ni memberi kesedaran pada orang ramai..
Tak semua banduan itu jahat..
Kita perlu memberi peluang dan ruang untuk mereka berubah..
Eira bagi 5 bintang buat penulis..
Moga lepas ni..
Akan terhasil novel2 lain..

1 comment:

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa