::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday 6 January 2014

::6 Januari 2014::



Isnin datang lagi..
Eira sebenarnya suka bila hari Isnin..
Sebab Idola Eira dilahirkan pada hari Isnin yang mulia..
Nabi Muhammad SAW..
Tapi hari ni..
Eira memang stress & tension dengan sikap rakan2 sekerja..
Kebanyakan dorang wat tak tau je..
Bila Eira bagi arahan..
Nak sedapkan hati sendiri..
Eira anggap dorang ni tak boleh terima arahan staff baru macam Eira..
Maklumlah dorang lagi lama kerja daripada Eira..
Pada hal Eira cuma sampaikan arahan daripada bos..
Kira Eira ni macam orang tengah ar..
Sebenarnya dah lama Eira tahan sabra dengan dorang ni..
Eira memang geram sangat dengan I (bukan nama sebenar)..
28 Disember 2013..
Dia nak ambil kain (company) kat dobi..
RM4 je pun..
Dia minta petty cash kat Eira..
Bos lak memang tak pernah bagi Eira pegang petty cash..
Dia paksa Eira guna duit sendiri dulu..
Nanti claim kat bos..
Eira mula2 memang tak nak bagi..
Sebab duit Eira memang tinggal RM10 je..
Nak wat belanja makan sebelum dapat gaji..
Tapi dia terus dtg tgk purse Eira..
Sambil cakap..
"Tu ada RM10"
Eira bagi tau tu je duit yg Eira ada..
Dia terus amik duit RM10 Eira tu..
Nampak macam peras ugut kan..
Sepatutnya dia kena bagi baki kat Eira RM6..
Tapi haram..
Langsung tak bagi..
Eira memang bengang sangat masa tu..
Terus mesej kat bos..
Bos cakap, nanti dia bayar balik duit Eira tu..
Dengan tebal muka, Eira terpaksa pinjam duit ayah RM20
Untuk buat belanja..
Huhuhu..
Dalam hati, Eira memang tak halalkan duit yg Si I tu ambil..
Hari Jumaat lepas lak, Bos Eira suruh Si M (bukan nama sebenar)
Gi poskan surat urgent guna pos laju..
Sebelum pukul 3 petang..
Eira bagi surat tu kat tangan M pukul 12 tengahari..
Tapi..
Dia boleh buat2 bz main game sampai pukul 1.15 petang..
Pas tu dia kata nak gi Solat Jumaat sambil poskan surat tu..
Lepas solat jumaat, dia kena gi wat keje luar..
Then, malam tu dia call Eira..
Dia cakap tak sempat nak poskan surat..
Ya Allah..
Geramnya Eira masa tu..
Memang dorang ni jenis suka lengah2kan keje..
Tak pun dorang ni memang jenis org yg tak bertanggungjawab..
Tension je rase..
Nak pos hari sabtu dah pejabat pos tak buka..
Pagi ari isnin..
Sampai je office,
Eira terus call Si M..
Suruh dia datang office poskan surat tu..
Dia leh cakap..
"Kak, saya baru bangun tido ni. Sebelum kol 3 ptg saya sampai.."
Eira terus letak gagang..
Menitis air mata..
Dugaan apa pulak ni..
Dah ar surat tu urgent..
Eira takut tak sempat sampai je..
Tengah2 kusut..
Tetiba salah sorang staff F (bukan nama sebenar) sampai..
Dia dengan baik hati tolong Eira gi pos surat..
Alhamdulillah..
Selesai satu masalah..
Rasa tenang jap..

Pukul 11.50 pagi bos masuk office..
Tak pasal2 Eira kena marah..
Boleh pulak salah sorang staff ni salah tulis kat borang..
Sabar je lah..
Nak kata tak sekolah..
Belajar tinggi gak..
Bila bercakap lak..
Tak nak bagi jatuh standard..
Pukul 1 tengahari..
Time Eira nak gi lunch..
Nampak ar batang hidung staff yg salah tulis borang tu..
Dia boleh bertekak dengan Eira..
Cakap dia dah tulis betul..
Pada hal bukti dah ada depan mata..
Sabar je lah..
Eira dah malas nak bertekak..
Ikut suka hati dia lah..
Dalam hati, (confirm esok aku kena marah)
Huhuhu
Memang Eira stress sangat ari ni..
Harap2 dapat tidur lena malam ni..

2 comments:

  1. sabar eira. dugaan kerja. setiap kesabaran eira will pays off. if not now, nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Eira akan terus bersabar.. :)

      Delete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa