::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday, 12 August 2021

::Pemeriksaan PUSPAKOM::


Alhamdulillah.. 
Lega rasanya dah settle satu kerja untuk tukar hakmilik kenderaan.
Kereta arwah ayah nak kena tukar nama. 
Baru je selesai langsaikan hutang kereta. 
Semalam dah pergi buat pemeriksaan kat PUSPAKOM Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 
Terima kasih buat semua abang-abang pemandu lori & van yang membantu semalam. 
Maklumlah, kita ni orang perempuan. 
Memang blur sikit bab-bab ni. 
Eira tabik dengan korang semua. 
Walaupun kita berbeza bangsa & agama, korang still nak bantu Eira & Mak semalam. 
Terharu sangat. 
Proses pemeriksaan semua berjalan dengan lancar. 
Setengah jam je, semua selesai. 

Yang tak bestnya.. 
Bila buka Group Whatsapp Komuniti pagi ni, dapat tau yang PUSPAKOM Teluk Kumbar ditutup mulai hari ni. 
Mujur dah sempat buat pemeriksaan semalam. 
Cuma, masa tidur semalam badan Eira rasa lenguh-lenguh. 
Bangun Subuh tadi, dah start selsema, sakit kepala & lenguh-lenguh badan.
Hopefully takdak apa-apa. 

Lastly nak ingatkan korang, jangan lupa scan MySejahtera @ tulis nama kat premis yang korang bertandang. 
Semalam masa pi PUSPAKOM tu, Eira perasan Eira sorang je yg scan MySejahtera. 
Please jaga diri & keluarga korang. 
Bersama kita putuskan rantaian Covid-19

Wednesday, 11 August 2021

::I'm Back::


Dah 3 tahun tak menjengah blog.
Sejak arwah ayah dijemput Illahi pada tahun 2018, semangat untuk menulis pun macam dah terkubur sekali. 
InshaAllah start bulan ni, Eira akan kembali mencoret. 
Hampir 3 minggu berhenti kerja atas masalah kesihatan yang tidak menentu. 
Kebetulan pula, mak Eira tak berapa sihat. 
Jadi, Eira rasa keputusan untuk berhenti kerja adalah tepat. 
Korang yang pernah jengah blog Eira mesti tau, yang Eira ni pentingkan keluarga.
Wang ringgit boleh dicari, tapi keluarga tiada galang ganti. 

P/S : Korang jangan lupa daftar penerimaan vaksin di MySejahtera. Terus amalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Semoga kita semua terhindar dari wabak Covid-19

Wednesday, 25 July 2018

::Skyscraper~Film Review::



Lama betul tak menulis.
Sejak jadi surirumah ni memang malas sangat nak update blog.
So, memandangkan Eira baru je tonton filem ni.
Nak bagi review sikit pada yang tak tengok lagi.
Skyscraper lakonan The Rock ni WAJIB korang tonton kalau korang sayangkan ayah korang 😉.
Filem ni mengisahkan tentang seorang ayah yang cuba menyelamatkan keluarga beliau yang terlibat dalam kebakaran di sebuah bangunan pencakar langit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa